in

Keluarga Allahyarham Datuk Seri Johari Ingin Ambil Tindakan Susulan Nahas Pesawat Di Elmina

Syaz Ft 2024 08 19T123349.708

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

17 Ogos tahun lalu merupakan satu detik hitam buat rakyat Malaysia di mana terdapat tragedi nahas kapal terbang di Elmina City, Shah Alam.

Turut terkorban dalam tragedi itu ialah bekas Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.


Artikel berkaitan: Juruterbang Tak Sengaja Aktifkan ‘Lift Dump Spoiler’ Punca Utama Tragedi Elmina

Artikel berkaitan: Laporan Awal Nahas Elmina Dedah Punca, Bukan Faktor Juruterbang

139149

Allahyarham ketika itu memegang portfolio Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pelangai dan terdapat 9 orang lain termasuk juruterbang yang turut terkorban dalam kejadian itu.

Terbaru, keluarga Allahyarham Datuk Seri Johari bercadang untuk mengambil tindakan terhadap pengendali syarikat pesawat yang terhempas itu, anak Allahyarham, Muhammad Shafieq Hafizilman Johari berkata, tindakan itu akan diambil selepas hasil laporan akhir dikeluarkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

“Pihak keluarga mungkin akan ambil tindakan terhadap pengendali syarikat terbabit.

Difahamkan ada waris mangsa yang lain akan buat tindakan sama, cuma menunggu masa,” katanya.

Menurut laporan Astro AWANI, mereka sekeluarga menerima dengan hati terbuka dan reda walaupun mengakui masih terkejut dengan hasil laporan yang dikeluarkan oleh biro terbabit.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.