Sejak beberapa hari lepas, mereka yang berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa peringkat diploma dan SKM4 dan keatas yang menuntut di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian boleh memohon untuk mendapatkan ePemula.
Untuk yang belum tahu, ePemula merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan dibawah Bajet 2022, bertujuan untuk meringankan beban kewangan belia, mengalakkan perbelanjaan tanpa tunai serta mengalakkan transaksi tanpa tunai oleh perniagaan fizikal.
Menerusi ePemula ini, mereka yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai bermula dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.
Cara memohon untuk ePemula ni pun sebenarnya tak susah mana, cuma perlu muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery. Difahamkan ada 4 platfom yang terlibat dan salah satunya ialah BigPay!
Kalau korang tanya min, BigPay punya tawaran adalah yang paling best buat masa ini lah. Salah satu sebabnya ialah setiap penebusan yang berjaya korang akan terima baucar online berjumlah RM1500!
Salah satu yang bestnya ialah, baucer tu korang boleh guna untuk ikuti kelas di airasia Academy dan korang boleh belajar pelbagai ilmu baru contohnya marketing, pengukuhan bahasa dan macam-macam lagi.
Selain itu, ada juga baucar berbentuk percutian, tiket penerbangan dan tawaran yang menarik daripada airasia!
Pengguna juga boleh menikmati pulangan tunai tanpa had daripada jenama gaya hidup terkemuka seperti JD Sports, Sephora dan Lululemon serta jenama harian yang digemari semua seperti Caring Pharmacy dan Focus Point.
Semua pengguna ePemula boleh mendapatklan tawaran ini melalui aplikasi BigPay dan apabila mereka membayar menggunakan kad BigPay mereka.
Peluang Menangi iPhone 13!
Satu kelainan yang dibawakan oleh BigPay berbanding yang lain ialah diorang turut mengadakan cabutan bertuah dimana semua individu yang layak dan menebus kredit ePemula dengan BigPay berpeluang memenangi 1 unit iPhone 13 setiap minggu!
Korang hanya perlu tebus kredit ePemula dengan BigPay dan membuat pembayaran sekurang-kurangnya RM 50 menggunakan kod QR DuitNow atau menggunakan kad BigPay di mana-mana kedai fizikal.
Untuk maklumat lanjut tentang penebusan kredit ePemula dengan BigPay, korang boleh layari laman web BigPay di sini.