in

“Kelam kabut sgt ni kenapa? Benda boleh chill” – Viral Video Abang ‘Back Up’ Youtuber, Akhirnya Tampil Mohon Maaf

ft abang aisar back up content tak sensitif mohon maaf

Youtuber, Aisar Khaledd dikecam ramai netizen kerana dikatakan mengambil kesempatan di atas kematian penyanyi Siti Sarah Raisuddin untuk menjadikan content videonya di Youtube. Melalui video yang telah diturunkan itu, Aisar telah merakamkan detik di mana dia pergi melawat kawasan tanah perkuburan tempat arwah dikebumikan.

Perkara itu menimbulkan kemarahan ramai pihak terutamanya rakan selebriti dan suami Allahyarham sendiri, Shuib yang masih bersedih dengan pemergian isterinya.

aisar buat content pergi kubur sarah

 

“Apa masalah korang dgn adik aku?”

Susulan kecaman diterima adiknya, viral pula sebuah video menunjukkan abang Aisar tampil ‘back up’ dan menjelaskan bahawa content tersebut adalah untuk tujuan pengajaran.

Video tersebut diambil dari instastory abang Aisar, Aus Khalid oleh seorang individu yang kemudiannya memuat naik semula rakaman itu di akaun Twitter.

Apa masalah korang dengan adik aku? Adik aku buat apa? Sampai korang kelam kabut sangat ni?”

Adik aku just buat content untuk pengajaran je. Yang korang nak kelam kabut sangat ni kenapa? Rilek je. Benda boleh chill, chill je, okay?”

 

Sama-sama sudah buat permohonan maaf

Selepas teruk dikritik di media sosial, dua beradik itu telah pun tampil membuat permohonan maaf melalui akaun Instagram masing-masing. Selepas menurunkan video itu di akaun Youtube, Aisar dilihat masih dikecam dan ditegur oleh ramai orang tentang isu ini.

Melalui Instagram, Aisar telah memohon maaf dan berkata dia sendiri telah menghubungi Shuib secara peribadi bagi menyelesaikan isu dibangkitkan olehnya.

aisar minta maaf

Sementara itu, abangnya juga turut berbuat perkara yang sama memohon maaf di Instagram peribadinya, semalam. Menerusi posting itu, dia akui salah menggunakan kematian Siti Sarah sebagai content serta akan belajar dari kesilapan ini.

https://www.instagram.com/p/CSbkLgcloPz/

Ketika artikel ini ditulis, Shuib bagaimanapun masih belum memberikan responnya ke atas permohonan maaf dibuat oleh Aisar secara peribadi itu.

Semoga mereka betul-betul belajar dari kesilapan ini dan lebih peka serta sensitif dengan isu sebegini.

Baca: “Ini ujian terbesar saya” – Aisar Khaledd DM Shuib Mohon Maaf, Minta Netizen Berhenti Mengungkit

collage 14

Sumber: Instagram