Baru-baru ini, dunia hiburan digemparkan dengan berita pertunangan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu bersama wanita pilihannya Watie Hanifiah yang telah berlangsung pada 6 Mei 2023 di Shah Alam.
Meskipun majlis yang diadakan berlangsung secara tertutup, kehadiran bapa Allahyarham Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah bersama isterinya sebagai wakil pihak Shuib telah mendapat perhatian warganet.
Melalui sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra dengan panggilan Makder, suaminya sendiri telah meminangkan Watie buat Shuib.
@suciuwais Kami sebagai wakil keluarga datang untuk merisik suri di hati @shuibsepahtu 😊 Alhamdulillah selesai majlis ini, yang dipinang sendiri oleh Abah @raissuddin_hamzah Terima kasih untuk doa-doa yang baik untuk kami semua 😍 #raissuddin #raissuddinfamily #fyp #shuibsepahtu
“Kami sebagai wakil keluarga datang untuk merisik suri di hati Shuib. Alhamdulillah selesai majlis ini, yang dipinang sendiri oleh Abah (Raisuddin Hamzah),” tulisnya di kapsyen video tersebut.
Menerusi video TikTok berkenaan, dapat dilihat Makder sedang disolek sebelum membantu suaminya memakai samping berwarna putih di hari majlis pertunangan Shuib dan Watie.
Dia juga berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk Shuib dan Watie serta dipermudahkan menjelang hari bahagia mereka.
Siap ambil gambar sama-sama!
@suciuwais Semua atas kehendaknya #raissuddin #shuibwatie #makder #fyp
Dalam sebuah video berasingan yang dimuat naik, dapat dilihat Shuib, Watie dan ibu bapa Allahyarham Siti Sarah bergambar setelah selesainya majlis pertunangan tersebut.
“Dia anggap Shuib anak dia bukan menantu. Sebak tengok dia senyum” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat tindakan Raisuddin yang sanggup membantu Shuib melancarkan proses pertunangan tersebut.
Sumber : TikTok
Baca : “Dihina dan dimaki, itu ke SAHABAT?” – Ibu Shuib Tampil ‘Back Up’ Anak