in

Keindahan Hujung Minggu Malaysia International Boat Show 2026 (MYBOS’26) Menanti Korang Di Langkawi

Collage 23

Luangkan hujung minggu korang dengan sebuah percutian pulau paling unik pada bulan April ini di Langkawi. Malaysia International Boat Show 2026 (MYBOS’26) akan membuka ruang eksklusif secara rasmi di Royal Langkawi Yacht Club pada tarikh 2 hingga 5 April.

Acara ini menyerlahkan pengalaman gaya hidup maritim mewah berkelas antarabangsa yang jarang dapat diakses oleh orang ramai.

Pengalaman Maritim Bertaraf Antarabangsa Di Depan Mata

Event Poster Updated As Of 13 March 2026.Jpg

Menariknya, pameran kapal layar ini merupakan hasil kerjasama bersama Tourism Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha menyokong kempen Visit Malaysia 2026.

Melalui acara ini, Langkawi sekali lagi diketengahkan sebagai destinasi pesisir pantai yang bukan saja cantik, tetapi juga mampu menarik perhatian pelancong global termasuk golongan elit dan tokoh terkenal.

Sepanjang acara berlangsung dari jam 2 hingga 8 petang setiap hari, pengunjung bebas meneroka kawasan marina, melihat sendiri barisan megayacht dan katamaran yang berlabuh, malah ambil peluang untuk bergambar dengan kapal-kapal mewah ini yang biasanya hanya kita tengok dalam filem atau media sosial.

MYBOS’26: Bukan Sekadar Tengok Kapal, Ada Gaya Hidup & Makanan Eksklusif

587488112 17888482842407340 2404842513977193194 N.jpg

Selain deretan kapal layar yang menjadi tarikan utama, MYBOS’26 turut menampilkan ruang gaya hidup yang memperkenalkan sisi lain dunia nautika.

Di sini, korang boleh explore pelbagai elemen gaya hidup maritim, termasuk pengalaman kulinari dengan pilihan juadah gourmet yang melengkapkan suasana eksklusif acara ini.

Gabungan pemandangan marina, kapal mewah dan pengalaman makanan yang premium menjadikan acara ini lebih daripada sekadar pameran, tetapi satu pengalaman hujung minggu yang lengkap.

Peluang ‘Rare’ Untuk Rasa Dunia Nautika Mewah

495309733 17859726762407340 3654841472846013519 N.jpg

Apa yang buat MYBOS’26 menarik adalah peluang untuk orang ramai melihat dan merasai sendiri dunia yang selalunya tertutup kepada kelompok tertentu.

Daripada suasana marina yang eksklusif sehinggalah ke pengalaman gaya hidup yang ditawarkan, acara ini memberi perspektif baru tentang industri nautika dan gaya hidup mewah yang semakin berkembang di Malaysia.

Kalau kebetulan korang ada di Langkawi atau tengah plan trip ke sana awal April nanti, ini mungkin salah satu event yang berbaloi untuk singgah.

E Registration Poster.jpg