Seorang pengawal keselamatan memberi inspirasi apabila dia sanggup menjaga seramai enam orang anak yatim sejak tahun 2007.
Che Hanapi Che Hassan menjaga enam orang anak yatim yang juga anak saudaranya itu tetapi masih hidup bahagia bersama isterinya.
Artikel berkaitan: “Siap perli aku kedekut” – Hidup Terabai Sejak Jadi Anak Yatim, Bila Dah Kerja Pakcik Datang Tuntut ‘Duit Poket’
Artikel berkaitan: “Kuat semangat dia” – Anak Yatim Piatu Gigih Berniaga Nasi Lemak Walau Sakit Jantung Berlubang
“Jika diikutkan dengan pendapatan RM1,500 sebulan tidak termasuk kerja lebih masa, ia seakan tidak cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.
Tetapi saya percaya kepada rezeki Allah SWT dan Alhamdulillah, sejak menjaga mereka pada 2007 lagi, kehidupan kami sekeluarga okay.
Dengan rezeki diterima ini, saya dan isteri dapat memberikan pendidikan kepada mereka dan syukur di atas ketentuan Allah,” katanya.
Dalam laporan Harian Metro, difahamkan segalanya bermula apabila Che Hanapi dan Kamilah berkahwin pada Ogos 2007, ketika itu isterinya sudah menjaga tiga anak saudaranya yang kematian ibu dan bapa mereka.
Pada 2011, mereka membuat keputusan mengambil tiga lagi anak saudaranya yang kematian ibu bapa untuk memastikan hubungan dan keakraban dalam kalangan adik-beradik kekal terjalin.
“Sebenarnya, jika ada yang mengambilnya, biarlah mereka kekal bersama dan bukannya hanya seorang yang menyebabkan hubungan mereka akan menjadi jauh.
Saya tidak sanggup melihat mereka terpisah lalu menjaga mereka sehingga dewasa sedangkan mempunyai tiga anak berusia lapan hingga 16 tahun dan yang tinggal bersama kami ketika ini ialah tiga orang.
Alhamdulillah, kami gembira seorang daripadanya sudah berkahwin dan kami kini mempunyai seorang cucu, manakala dua lagi sudah bekerja di Bentong, Pahang dan Klang, Selangor,” katanya.
Sebagai info, Che Hanapi kini menetap di rumah asnaf Projek Rumah Bersepadu Kampung Padang Rumbia, Pekan, Pahang.
Sumber: Harian Metro