in

“Kehidupan di kampung rosakkan dia” – Kes Dadah, Musa Dedah Mamat Exists Sukar Pulih Sebab ‘Kawan Lama’

Kampung Rosakkan Mamat Exists Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang diketahui umum, vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat berdepan dua pertuduhan mengambil dadah pada 2019.


Menurut laporan, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 47 dikenakan denda RM4,000 dua tahun pengawasan di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bentong dekat Pahang untuk rawatan dan pemulihan, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada 8 Julai lalu.

Susulan daripada berita tersebut, pemain bass kumpulan Exists iaitu Musa Radhi berkata, mereka tidak pernah ketepikan Mamat, sebaliknya sentiasa sediakan pentas dan hanya menunggu dia sahaja sebagai penyanyi.

Memetik laporan Harian Metro, Musa berharap semua peminat Mamat dan Exists akan terus mendoakan kebaikan untuk penyanyi itu.

Pada masa yang sama, dia berharap Mamat berubah dan insaf bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

Artikel berkaitan: Nafi Perli Mamat Exist, Nabil Ahmad Perjelas Maksud ‘Berada Di Tempat Tinggi’

Artikel berkaitan: “Lain betul mukanya” – Ramai Terkejut Tengok Penampilan Mamat Exist Sekarang

Screenshot 2024 07 11 162627

“Kami di dalam Exists iaitu saya, Ajai, Along dan Ujang selalu juga berusaha mencari dia. Kadang-kadang kami rasa macam mana lagi nak bantu dia supaya dia ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ dengan kami.

“Sebab, kalau dilihat daripada anggota-anggota Exists yang ada ini, dia paling diuji dengan ujian agak berat dan berulang-ulang. Apatah lagi, kita semua sudah berhijrah menetap di Kuala Lumpur dan dia seorang masih menetap di Johor,” katanya.

Kehidupan di kampung rosakkan Mamat

Menurut Musa, kehidupan Mamat di sana sebenarnya makin merosakkannya kerana pengaruh kawan-kawan lamanya.

“Ada seorang peguam pernah menasihatkan, kalau boleh bawa Mamat keluar dari kampungnya itu supaya ‘kawan-kawan lamanya’ tidak datang mencari lagi.

“Sebelum ini pun Ezad (penyanyi) pernah sama-sama dengan kita nasihatkan Mamat supaya dia sendiri kena kuat ‘melawan’ kalau ingin baik dan bebas daripada pengaruh benda itu,” katanya.

Snapinsta.app 448713102 18338017396187135 5152337956020715318 N 1080

Tambah Musa, Mamat sukar untuk pulih apabila ‘kawan-kawan lamanya’ datang mencari semula di saat dia mungkin mula bersedia mahu mengorak kehidupan baharu.

“Saya faham, Mamat mungkin memilih hidup di kampungnya kerana ada rumah pusaka peninggalan arwah ibu bapa, termasuk abang dan kakak yang tinggal berdekatan untuk menjaga dia.

“Tapi, sekarang rasanya sudah sampai masa untuk Mamat fokus kepada diri sendiri, kerjaya dan keluarganya. Namun, rumah tangga dia pun kita tahu sudah berantakan dan kasihan jugalah.”

Katanya lagi, pengorbanan Mamat menampung kehidupan keluarganya dengan menyanyi sejak kecil disifatkan sangat besar.

Sekadar info, Mamat adalah penyanyi asal Exists ketika mereka tampil dengan album sulung pada 1991 dan popular dengan lagu seperti Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara, Langkah Seiringan dan banyak lagi.

Mamat kemudian meninggalkan Exists pada 1994 untuk bergerak solo dan dia digantikan oleh Ezad.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.