Bagi kebanyakan orang, mi segera menjadi makanan penyelamat terutama buat mereka yang mahu makan dengan cepat serta mahu berjimat.
Harganya yang agak murah serta tempoh masa penyediaan yang tidak terlalu lama menyebabkan mi segera sering menjadi pilihan utama.
Sejak belakangan ini, hidangan ini telah menjadi pilihan peniaga tepi jalan dengan sedikit olahan. Bagaimanapun, jualan menu ini sering menjadi perdebatan netizen apabila ada peniaga dikatakan menjual pada harga yang tidak setanding dengan tempatnya berniaga.
Artikel berkaitan: “Esok tambah lagi 10 kg Ayam” – Peniaga Mi Segera Syukur Dikecam, Jualan 200 Bekas ‘Sold Out’
Artikel berkaitan: “FOMO ke memang lapar?” – Netizen Pertikai Orang Ramai Sanggup Beratur Demi Mi Segera Harga RM15
“RM20 untuk sebuah kemalasan”
Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik di platform X, memaparkan seorang peniaga menjual mi segera di tepi jalan telah meraih perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, peniaga terbabit sedang menyediakan mi segera goreng dengan lauk tambahan seperti 2 ekor udang, 4 ekor sotong, telur hancur dan sambal homemade.
tudia!! harga RM20 untuk sebuah kemalasan. korang rasa berbaloi ke bayar banyak tu untuk maggi macam ni? pic.twitter.com/F8Jxa7x9t8
— 𝕭𝖆𝖓𝖎 | (@rabbaniahmad_) February 15, 2025
Apa yang mengejutkan rata-rata netizen ialah mi segera tersebut dijual dengan harga RM20.
Seorang pengguna X mempertikai harga mi segera yang dikenakan oleh peniaga tersebut kepada pelanggan.
Menurut individu tersebut, harga terbabit boleh dikategorikan sebagai tidak masuk akal memandangkan ia dijual di tepi jalan.
Namun, ada juga pengguna lain yang bersetuju dengan harga yang dikenakan kerana bahan basah yang digunakan peniaga tersebut.
Ada yang membandingkan harga jualan yang dikenakan lebih kurang sama dengan caj yang dikenakan peniaga mamak.
Bagi korang pula, berbaloi atau tidak harga untuk satu hidangan tu?
Sumber: X