Sejak dari semalam, kecoh berlegar di WhatsApp mengenai satu mesej tular mengatakan bahawa Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini akan disambut sehari lebih awal iaitu pada 2 Mei 2022 (Isnin) dan bukan pada 3 Mei 2022 (Selasa).
Walau bagaimanapun, dakwaan itu telah disangkal Balai Cerapan Al-Khawarizmi semalam yang mengatakan bahawa sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443H diterima dan selesai di lakukan.
https://www.facebook.com/alkhawarizmi.falaksyarie/posts/5054681334616680
Menerusi hantaran di Facebook, agensi itu berkata, kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (rukyah dan hisab).
Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443H di lokasi yang sudah ditetapkan di seluruh Malaysia dan hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
“Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443H. Keputusan kenampakan hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” katanya.
Harapnya orang ramai berhentilah share mesej WhatsApp tu dan kita tunggu apa kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 29 Ramadan nanti ya.
Baca: Jenayah Pecah Rumah Dijangka Meningkat Menjelang Raya, Ini Apa Yang Korang Boleh Buat…