Di Indonesia kini sedang kecoh mengenai satu isu yang membabitkan penyanyi ikonik dari negara tersebut, Agnez Mo di mana wujud satu spekulasi bahawa penyanyi lagu Matahariku ini dikatakan telah meninggal dunia akibat dibunuh di Amerika Syarikat.
View this post on Instagram
Khabar berita palsu
Khabar angin itu mula timbul setelah ada satu akaun YouTube yang menunjukkan suasana di sebuah rumah yang didakwa menempatkan mayat penyanyi itu yang tular sejak 18 Mei lalu.
Bahkan, tindakan Agnez Mo yang sebelum ini tidak membuat sebarang kemaskini di akaun media sosialnya telah mengundang rasa bimbang dalam kalangan peminatnya.
Bagaimanapun, timbul juga satu spekulasi yang mengatakan bahawa penyanyi tersebut kononnya telah dibunuh oleh sahabatnya sendiri. Namun begitu, Suara.com menegaskan masih belum ada sebarang info sahih diterima berkenaan isu ini.
Malah, sumber melaporkan bahawa foto lelaki yang dikatakan suspek yang membunuh Agnez Mo itu adalah individu yang ditangkap kerana menggunakan ganja. Foto itu juga menunjukkan keranda yang dikhabarkan milik Agnez Mo namun ia didakwa disunting dan ia adalah gambar pada tahun 2022.
Dalam pada itu, dilihat juga Agnez Mo kini sudah memuat naik perkongsian terbaru di Instagram miliknya yang menunjukkan penyanyi itu sedang melakukan persembahan di sebuah tempat.
Menurut Kosmo, menerusi satu laman web berkaitan berita palsu di Indonesia menjelaskan bahawa informasi yang tersebar mengenai pelantun lagu Ku T’lah Jatuh Cinta itu tidak tepat.
Mangsa sebenar yang meninggal dunia akibat dibunuh di AS itu sebenarnya seorang wanita yang mempunyai nama gelaran Agnes Mo.
Baca : “Kalau aku tak bangga aku tak bawa kat sinilah” – Agnez Mo Respon Bila Dilabel Lupa Daratan