in

Kecoh Peserta Larian Berpakaian Tak Senonoh, Penganjur Dakwa Acara Cuma Kumpul Dana & Promosi Johor

Acara Larian Pakaian Tak Senonoh Johor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penganjur acara larian antarabangsa Pan Asia 2024 di Desaru Kota Tinggi, Johor telah menafikan dakwaan mempromosikan unsur seksualiti.

Presiden Johor Baru Hash House Harriers, A Magendran, menjelaskan tujuan acara tersebut dianjurkan adalah untuk mengumpul dana amal dan mempromosikan negeri Johor, khususnya Desaru.


“Larian ini semata-mata untuk keseronokan dan kebajikan.

“Kami tidak menyokong atau menentang mana-mana kumpulan atau individu berkaitan seksual – ia hanyalah larian,” kata Magendran seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times.

Artikel berkaitan: Pakai Pakaian Tidak Senonoh Ketika Acara Larian Di Johor, 3 Lelaki Ditahan Polis

Gzkphqibkaadbnt Gzkphqibgaanjwj

Ujarnya, larian tersebut hanyalah semata-mata untuk keseronokan dan kebaikan, sekali gus menjelaskan pendirian tidak menyokong atau menentang mana-mana kumpulan atau individu berkaitan seksual.

Jelasnya, larian amal bertemakan ‘Red Dress Run’ itu adalah tradisi Hash House Harriers sejak 1968, di mana peserta memakai pakaian bertema merah.

Menurut Magendran, tiga peserta iaitu daripada warganegara Taiwan, India dan lelaki tempatan kerana kelihatan berpakaian tidak senonoh itu telah ditahan polis untuk diambil keterangan.

“Kami hanya fokus untuk memastikan acara berjalan lancar dan terlepas pandang mengenai pakaian para peserta. Larian ini disertai lebih daripada 2,000 peserta.

“Kami sedang bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis, dan kami tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Ia hanya satu kesilapan,” ujarnya.

Sementara itu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan negeri itu tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh dan tindakan sudah diambil terhadap pihak yang terlibat.

Siasatan awal mendapati mereka adalah atas kapasiti individu dan bukan mewakili pihak penganjur atau program larian yang dianjurkan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menghina dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.