Kecoh sejak semalam, berita tentang kehilangan pelakon, Iedil Putra selepas sebuah hantaran dimuat naik ke instagram pelakon berkenaan untuk memaklumkan perkara tersebut.
Melalui hantaran itu, Iedil dikatakan gagal dikesan selepas menghadiri tayangan perdana siri original Netflix iaitu Extraction 2 yang berlangsung di Manila, Filipina.
“Kami tidak mendengar khabar tentang Iedil sejak menghadiri event Netflix di Manila tempoh hari. Kami tertanya-tanya apa yang terjadi kepada Iedil kerana kami sudah menghubunginya namun tiada jawapan.”
“Jika anda tahu Iedil di mana, tolong beritahu kami di DM,” tulisnya.
Hantaran tersebut telah menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bimbang terhadap keselamatan pelakon tersebut.
Setelah perkara tersebut menjadi tular, ada juga warganet yang mendakwa ini sekadar marketing setelah melihat isteri Iedil memuat naik IG story bersama suaminya yang sedang menikmati makan malam di sebuah restoran.
Rupanya gimik ‘marketing’ je?!
Sehubungan itu, pihak Netflix Malaysia telah mendedahkan bahawa Iedil sebenarnya tidak hilang seperti yang disangka serta memaklumkan bahawa hantaran itu adalah sebahagian marketing filem baru mereka.
Dalam pada itu, Netflix Malaysia turut memohon maaf setelah menimbulkan kekeliruan dan rasa bimbang orang ramai terhadap keselamatan pelakon tersebut.
“Kami memberi jaminan kepada semua bahawa ini adalah sebahagian daripada promosi pemasaran. Iedil kini berada dalam keadaan selamat dan sihat,” jelas mereka.
Netizen tak setuju gunakan keselamatan pelakon untuk ‘marketing’
Membuat tinjauan ke beberapa qoute tweets daripada ciapan milik Astro Awani, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dan tidak setuju dengan pihak yang melakukan idea ini serta menggunakan keselamatan Iedil sebagai gimik serta membuatkan ramai orang menjadi bimbang.
Rupanya gimik jee? Patutla nampak story isteri dia tengah dinner sekali…
Sumber: Twitter, Awani, Instagram
Baca : “Allah knows best” – Aaron Aziz Sepentas Dengan Chris Hemsworth, Netizen ‘Perli’ Syamsul Yusof?