Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai patung David yang dijadikan perhiasan rumah oleh seorang pempengaruh.
Menerusi sebuah video tular, dipaparkan beberapa tangkap layar menunjukkan sebuah patung ukiran barat yang terlihat di ruang tamu dan bilik tidur pempengaruh tersebut.
Melihat ramai yang mendakwa patung hiasan itu merupakan patung David, seorang pengguna TikTok bernama Kak Dya berkongsi sedikit mengenai asal usul dan sejarah patung tersebut.
Artikel berkaitan: Robert The Doll: Kisah Disebalik Patung Hantu Paling Seram Yang Dikatakan Boleh Bergerak & Mencederakan Orang?
Artikel berkaitan: “Nilah orang kata akai letak celah kangkang” – Dato’ Aliff Dikecam Letak Patung Depan Rumah
@dyamohamad90 GENERAL SHARING. SAYA TAK TUJU PADA SESIAPA. BUAT VIDEO NI PON SEBAB RAMAI DOK CAKAP PASAL PATUNG TANPA TAHU ASAl USUL DAN SEJARAH. TOLONG STOP TAG ORANG BERKENAAN.TQ #korangkorangkejap #tiktokguru #CapCut
♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Menurutnya, patung David diukir oleh artis Itali yang sangat popular pada abad ke-16, Michelangelo.
Katanya, patung itu dicipta untuk menggambarkan Raja David yang tidak pandai berperang dan sanggup mengorbankan dirinya untuk melawan raksasa demi menyelamatkan Israel.
Dia juga menjelaskan patung David tidak sama dengan patung Apollo yang melambangkan Tuhan Yunani.
“Sementara itu, patung Apollo pula adalah dewa muzik, ramalan, panahan, penyembuhan dan juga Tuhan untuk lelaki yang belum berkahwin,” katanya.
Bagaimanapun, dia menasihati adalah lebih baik sebagai orang Islam elakkan daripada menjadikan patung sebagai bahan perhiasan di dalam rumah.
“Walaupun niat adalah untuk seni, namun niat tidak menghalalkan cara,” ujarnya.
Hukum meletakkan patung di dalam rumah
Merujuk laman rasmi pejabat mufti wilayah persekutuan, hukum meletakkan patung di dalam rumah atau kereta sebagai perhiasan semata-mata adalah haram berdasarkan panduan hadis.
Melalui satu hadis yang diriwayatkan oleh Abi Talhah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda dengan maksud:
“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.” – Riwayat Bukhari & Muslim.
Namun perlu dilihat maksud patung tersebut, adakah ia patung yang dihormati, patung yang besar dan yang dipuja, maka ini jelas dilarang.
Pun begitu, patung mainan kanak-kanak yang tidak diagungkan dan dimuliakan pula dibolehkan tetapi dengan syarat ia bukan patung yang besar.