Semalam, tular beberapa video yang memaparkan orang ramai di sebuah kampung Johor berebut menangkap ikan Arowana yang terlepas didakwa kerana sebuah kolam ternakan ikan itu pecah.
Pun begitu, menurut laporan Buletin TV3, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, ikan ditemukan itu jelas milik individu dan sepatutnya dipulangkan kepada pemilik asal.
Artikel berkaitan: Netizen Kembang Tekak Tengok Menu Air Boba Dicampur Dengan Ikan Goreng
Artikel berkaitan: Wanita Goreng Haiwan Peliharaan Suami Gara-gara Pasangan Lebih Utamakan Ikan Hiasan
Ribuan ikan spesis arowana ditemui dalam kawasan anak sungai dan parit sekitar kawasan Layang dan Simpang Renggam, sejak semalam. pic.twitter.com/KVDP3oJsmB
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 29, 2024
“Jika jelas ia milik orang dan kita tahu siapa pemiliknya, hendaklah kita pulangkan kepada pemilik. Itulah sebaik-baik akhlak sebagai seorang Muslim khususnya malah semua ajaran agama mendidik kita agar tidak mengambil hak orang lain.
Ia berikutan kita tidak boleh makan atau mengambil sesuatu yang bukan hak kita bahkan kita bimbang ia menjadi darah daging kita, jika ia dari sumber yang tidak sah.
Melainkan pemilik ikan memberi izin atau menghalalkannya, maka itu rezeki kepada sesiapa yang menjumpainya,” katanya.
Sebagai info, ribuan ikan spesis Arowana ditemukan dalam kawasan anak sungai dan parit sekitar kawasan Layang dan Simpang Renggam, sejak beberapa hari lalu.
Susulan insiden itu, penduduk sekitar tidak melepaskan peluang menangkap ikan terbabit menggunakan jala dan jaring.
Sumber: Buletin TV3