in

Kecoh! Dua ‘Geng’ Lelaki Merusuh Di Tepi Lebuh Raya Berpunca Sebab ‘Towing’ Kereta?

Gaduh 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, ada banyak kes pernah dilaporkan berhubung pergaduhan di tempat awam. Kadangkala ianya berpunca daripada masalah yang kecil tetapi dibesar-besarkan demi mencapai kepuasan masing-masing.

Kesannya, pergaduhan seperti ini menyebabkan kecederaan sehinggalah kematian.


Artikel berkaitan: ‘Geng’ Bergaduh Depan Restoran, Punca Sebab Saling Menyindir Di Media Sosial?

Artikel berkaitan: [VIDEO] Gara-gara Kunafa Viral, Orang Ramai Sanggup Berkerumun Sampai Ada Yang Bergaduh

Baru-baru ini tular di X, dua sekumpulan lelaki dipercayai bergaduh besar sesama sendiri di tepi sebuah lebuh raya pada awal pagi. Apa yang membimbangkan, kedua-dua kumpulan yang dikatakan pekerja trak penunda itu sedang bergaduh dan ada yang memiliki senjata berbahaya.

Gaduh 6

Selain itu, ada segelintir suspek yang menyerang beberapa kenderaan menggunakan helmet dan batu sebelum mereka meninggalkan lokasi kejadian sebaik sahaja pihak berkuasa sampai di tempat itu.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, Pusat Kawalan IPD Cheras mereka menerima makluman mengenai pergaduhan itu daripada orang awam sekitar jam 1.37 pagi.

Siasatan awal mendapati, ada kemalangan kereta yang berlaku di Kampung Malaysia Tambahan. Oleh itu, dua kumpulan trak penunda (towing) bergaduh hanya kerana berebut pelanggan.

Beliau menambah, 8 suspek yang berumur 22 hingga 44 tahun telah pun ditahan di sekitar Lembah Klang pada jam 11.15 pagi, 2 Oktober 2023. Namun begitu, pihak polis masih lagi dalam usaha mengesan beberapa individu lain yang masih bebas.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dan terlibat dalam rusuhan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta juga berhubung dengan Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051, Hotline Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sumber: X, Astro Awani, Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.