in

Kecoh di TikTok, Ada Makcik Nak Tapau Lauk Kenduri Tapi Dihalang Staf Katering?

F3 Tapau Lauk Kenduri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dapat jemputan ke kenduri kahwin, memang ramai di antara kita yang teruja sebab dapat makan nasi minyak dan pelbagai lagi juadah istimewah lain termasuklah kuih-muih dan pencuci mulut.

Namun, baru-baru ini kecoh di TikTok apabila ada seorang wanita yang bergaduh mulut dengan staf katering kerana dia mahu tapau atau membungkus lauk kenduri sedangkan pada ketika itu, majlis belum pun bermula.


Video makcik berkenaan meminta untuk membungkus lauk telah dikongsikan di platform TikTok oleh akaun wan_takaful.

@wan_takaful

Time tengah record video lauk pengantin, tibe2 dengar kecoh2 pasal ni ❗️ #fypシ #tapau #bungkus #kenduri #makcikbawang

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Artikel Berkaitan : “Boleh pilih macam kat pasar”- Door Gifts Unik, Majlis Kahwin Ini Beri Sayur-sayuran Kepada Tetamu

Artikel berkaitan: “Tren pulak kena slow” – Kenduri Kahwin Ini Viral Gara-gara Dilangsungkan Di Sebelah Landasan Kereta Api

Dalam video yang berdurasi selama 44 saat itu, difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 10.30 pagi, jadi majlis belum  pun bermula.

Ramai netizen yang berpendapat budaya tapau lauk kenduri dibolehkan jika majlis tersebut memasak lauk kenduri secara rewang, namun jika majlis itu menggunakan perkhidmatan katering, tak boleh lah minta bungkus lauk kecuali memang dibenarkan oleh tuan rumah.

7 3 1

Dalam video berkenaan juga, dapat didengar staf katering berkenaan menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa mereka tidak dapat membungkus lauk untuk wanita itu kecuali jika ia diminta pada penghujung majlis.

Ada juga netizen yang bekerja dengan syarikat katering bahawa jika perkara seumpana ini terjadi, dia akan bertanya kepada tuan rumah terlebih dahulu.

6 1

Apa pula pendapat korang tentang isu ini?

Sumber: TikTok @wan_takaful

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.