Konflik antara peminat Malaysia dan segelintir peminat Korea Selatan (K-fans) kini telah melarat jauh daripada isu peraturan konsert kepada serangan rasisme yang melampau di platform X.
Ketegangan ini memuncak apabila isu pelanggaran peraturan oleh fansite masters di konsert DAY6 di Malaysia didakwa bertukar menjadi medan saling mengkeji antara satu sama lain.
K-fans dilaporkan mula menggunakan elemen estetik seperti sawah padi untuk melabel peminat Asia Tenggara (SEA) sebagai “miskin” dan “ketinggalan zaman” selepas wajah dalang (culprit) yang melanggar peraturan konsert didedahkan oleh peminat tempatan.
Kronologi Kejadian: Bermula Dengan “Lensa Bazooka”
Ketegangan bermula apabila beberapa peminat dari Korea Selatan, yang merupakan jurugambar profesional tanpa izin (fansite), dikesan membawa masuk kamera lensa panjang yang dilarang keras oleh penganjur.
mind you, this whole thing started because a korean fan brought her big ass camera to day6 concert in malaysia and disturbed local fans. she apologized but some other koreans started losing their shit & demanding SEA fans to respect their idol-fan culture. https://t.co/4c1O1RR9sA
— zira (@zedaiarei) February 9, 2026
Isu Rasisme: Pemujaan Berlebihan vs Realiti
Isu ini melarat ke platform X (Twitter) apabila beberapa akaun yang dikaitkan dengan K-netz mula mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan terhadap peminat SEA. Mereka didakwa melabel peminat di rantau ini sebagai “miskin” atau “tidak bertamadun” hanya kerana menegur salah laku warga mereka di luar negara.
동남아 외퀴년들 제발 쫌 꺼져…
니네나라 가수 빨지 왜 한국가수 빠는거야— 💥 (@Geamadefucku) February 5, 2026
Netizen di Indonesia, Malaysia, dan Filipina bertindak balas dengan melaporkan akaun-akaun rasis tersebut kepada pihak Imigresen Indonesia untuk disenaraihitamkan daripada memasuki negara itu pada masa hadapan.
Mengapa Ini Penting?
Peminat SEA kini didakwa tidak lagi mahu “berdiam diri” terhadap layanan double standard. Walaupun peminat global merupakan penyumbang besar kepada kejayaan ekonomi K-pop melalui streaming dan jualan album, wujud segelintir peminat domestik Korea yang dikatakan masih memegang mentaliti superiority.
Menurut Today Online, salah seorang individu yang terlibat telah mengeluarkan permohonan maaf dalam bahasa Indonesia di akaun X miliknya, mendakwa tindakannya dipengaruhi emosi semasa kejadian tersebut.
Namun bagi kebanyakan peminat, permohonan maaf itu dianggap sudah terlambat untuk memulihkan imej buruk yang telah ditinggalkan.

Sumber: X, Today Online
