in

“Kebenaran terjawab. Saya bukan bapa ayam” – Tauke Nekad Tinggal Dunia Hiburan, Terkilan Asyik Terpalit Kontroversi

Ft Tauke Nekas Tinggal Dunia Hiburan Terkilan Dicaci

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan pengesahan polis yang menolak pendakwaan ke atasnya, Tauke akui berasa lega akhirnya kebenaran terjawab bahawa dia bukanlah ‘bapa ayam’ yang terbabit dengan kes pemerdagangan manusia seperti dihebohkan sebelum ini, lapor Kosmo.

Namun, kerana terkilan namanya seringkali dikaitkan dengan kontroversi, Tauke nekad membuat keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan.Menurut Gempak, Tauke berkata dia tidak menyesal dengan keputusan dibuatnya kerana percaya rezeki ada di mana-mana meskipun tidak lagi bergelar selebriti selepas ini.


Jujurnya, saya kesal dengan apa yang telah berlaku, Kalau saya seorang yang dihina, dikecam saya boleh tahan lagi.”

Tapi, kali ini memang keterlaluan. Sampai heret anak-anak dan keluarga saya, menghukum tanpa usul periksa.”

Tauke Dan Keluarga

 

Adik adik turut dihina, maruah dipijak-pijak

Katanya, ianya menjadi keterlaluan apabila ahli keluarganya turut dikaitkan dan dikeji oleh orang sekeliling. Disebabkan situasi tersebut, Tauke berkata dia menjadi tawar hati untuk terus berada dalam industri dan lebih rela melakukan kerja lain daripada terus menerus dimaki dan dihina.

Bayangkan, ada yang tuduh saya bapa ayam depan anak-anak dan isteri saya. Adik-adik saya turut dihina kononnya abang mereka makan ‘hasil lendir’.”

Betapa maruah saya dipijak-pijak tanpa belas kasihan. Disebabkan itu, saya tekad dengan keputusan meninggalkan industri hiburan.”

Lebih baik, saya melakukan kerja lain daripada terus menjadi mangsa tohmahan dan cacian.”

 

Kawan-kawan menjauhi, keluarga lega lepas dibuktikan tak bersalah

Menurut Malaysiakini, pelawak berusia 45 tahun itu bagaimanapun bersyukur apabila nama dan reputasinya kembali dibersihkan selepas dia terbukti tidak bersalah. Namun, dia terkilan dengan sikap masyarakat yang suka menjatuhkan hukum hingga menjatuhkan maruah orang lain.

Memang saya bersyukur selepas dibuktikan saya tak bersalah. Tapi saya amat sedih dan terkilan kerana masyarakat gemar membuat andaian sendiri.”

Paling lega adalah keluarga saya. Mereka sangat lega sebab tomahan dilemparkan bukan hanya pada saya tapi juga pada mereka. Apabila nama saya dah bersih, mereka tak perlu lagi menerima kecaman dan makian tersebut.”

Tauke2

Dia turut berkata mahu memperbaiki diri dan akui redha serta perlu terus kuat untuk melalui ujian Allah kepadanya. Tetapi, apa yang lebih menyedihkan, kata Tauke kawan-kawan semakin menjauhinya.

Kawan-kawan yang dahulu baik semakin menjauhi saya. Boleh dikira dengan jari siapa yang telefon bertanya khabar.”

Sedangkan saya juga banyak membantu ‘kawan-kawan rapat’ saya itu, berkorban untuk mereka. Tapi tak mengapalah.”

Tauke berkata dia kini sedang mengusahakan bisnes menjual produk kecil-kecilan dan bagi sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut boleh lawati Instagram peribadinya.

Baca: “Jangan sampai saya ambil tindakan undang-undang” – Sheila Rusly Minta Pihak Henti Fitnah Kaitkan Perkahwinan Anak Dengan Janna Nick

Ft Sheila Bengang Anak Kahwin Dikaitkan Janna Nick

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.