in

“Kebanyakannya semua nak ikut kepala sendiri” – [VIDEO] Keluarga Mengamuk Nak Urus Sendiri Jenazah Keluarga Positif Covid-19

Combine Mayat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu pesakit yang meninggal dunia akibat daripada jangkitan virus Covid-19 haruslah dirurus mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hanya petugas kesihatan terlatih sahaja  dibenarkan mengurus jenazah itu, ahli keluarga jenazah hanya mampu melihat dari jauh urusan pengurusan jenazah itu.


Rakyat Malaysia pasti sedia maklum bahawa bahayanya jenazah pesakit yang meninggal disebabakan virus ini. Ianya harus ditangani oleh petugas kesihatan yang terlatih sahaja.

Namun segelintir rakyat Indoensia mungkin masih belum mendapat pengetahuan yang meluas dan peka akan bahayanya virus ini.

Berlaku satu kejadian di Makassar, Indonesia dimana sebuah keluarga mengamuk kerana pihak berkuasa melarang mereka untuk menguruskan jenazah ahli keluarga mereka yang dijangkiti virus Covid-19 ini, lapor Kompas.

M2

Mereka berkeras dan meminta pihak hospital untuk menyerahkan jenazah ahli keluarga mereka untuk dimandikan dan dikebumikan oleh mereka sendiri.

Korang boleh tengok video tu di sini

Namun usaha itu gagal kerana tindakan pihak polis dan askar yang mengawal ketat keadaan di pintu masuk utama hospital.

M3

Jurucakap polis Makkasar, Yudhiawan Wibisono berkata ahli keluarga pesakit yang berstatus pesakit dalam pemantauan (PUI) juga turut mengamuk untuk menuntut jenazah ahli keluarga.

Walaubagaimanapun katanya, tindakan cekap daripada pihak polis dan tentera mengawal situasi itu menyebabkan pihak keluarga pesakit akur dan menerima kenyataan bahawa jenazah ahli keluarga mereka akan diurus oleh pihak hospital sendiri.

Baca : “Sekampung sekarang tengah terancam jadi pembawa” – [VIDEO] Pesakit Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Keluarga Mengamuk Nak Bawa Balik Jenazah Balik

Mayat 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.