Seperti yang kita semua tahu, setiap manusia di atas muka bumi ini datangnya daripada asal usul yang berbeza, bertutur dalam pelbagai bahasa dan mempunyai kepercayaan serta budaya yang lain dari satu sama lain.
Mungkin budaya yang mereka amalkan pelik bagi kita, tapi bagi mereka di negara berkenaan ia adalah satu perkara biasa.
Tak ajak tetamu makan sekali, budaya pelik orang Sweden?
Pun begitu, sebuah thread di Twitter baru-baru ini hangat membincangkan mengenai satu budaya dari negara Sweden yang dirasakan agak pelik bagi netizen di negara lain.
Menerusi perkongsian @SamQari, dia telah memuat naik satu posting di Reddit yang menjawab persoalan mengenai budaya pelik yang dialami seseorang apabila berkunjung ke rumah rakan.
Salah satu replies memberitahu bahawa dia mengalami situasi pelik apabila tidak diajak makan bersama ketika berkunjung ke rumah kawan berbangsa Sweden.
Ketika kami sedang bermain di biliknya, ibunya menjerit mengatakan makan malam sudah tersedia. Lepas itu dia beritahu saya untuk TUNGGU dalam biliknya sementara mereka sedang makan,” tulisnya.
Not here to judge but I don’t understand this. How’re you going to eat without inviting your friend? pic.twitter.com/bFEgoLiuDB
— Seeker (@SamQari) May 26, 2022
Selain itu, ada replies juga memberitahu dia telah tidur semalaman di rumah rakannya, namun mereka langsung tidak memberikannya sebarang makanan.
“Saya tidur di rumah rakan. Bila kami bangun, dia kata mahu turun bawah untuk beberapa minit. Lepas 15 minit berlalu, saya turun untuk periksa apa yang mereka buat dan terlihat mereka sedang bersarapan.
“Mereka nampak saya dan beritahu yang rakan saya dah nak habis makan dan akan naik ke atas. Saya masih teringat akan kejadian itu selepas 25 tahun berlalu,” ceritanya.
“Sebagai orang Sweden, saya boleh sahkan perkara ini…”
Posting ini mendapat pelbagai balasan netizen dan orang Sweden sendiri memberi pandangan bahawa perkara tersebut merupakan budaya biasa orang di sana.
Perkara ini berlaku kerana mungkin mereka tiada makanan yang cukup untuk tetamu yang datang dan ada yang cakap agak pelik untuk beri budak-budak makan hanya kerana mereka datang untuk bermain di rumah. Oookayy…
Minta bayar duit kopi yang dihidang rakan isteri di rumah
Apa yang menarik perhatian admin di dalam thread ini adalah apabila ada seseorang mengaitkan peribahasa ‘Belanda minta tanah’ dengan situasi yang dialami tetamu yang berkunjung ke rumah orang Belanda.
Menerusi kisah tersebut, lelaki ini bekerja dengan seorang rakan berbangsa Belanda dan telah menawarkan untuk mengambilnya di rumah ke tempat kerja.
Ketika tiba, rakannya masih bersiap dan meminta dia menunggu seketika. Isteri rakannya kemudian menyediakan kopi buatnya sementara menunggu.
Namun agak mengejutkan pada malamnya si rakan telah menghantar mesej untuk meminta dia membayar 0.50 EURO bersamaan RM2.35 untuk kopi yang diminum pagi tadi. Erk…
In Malay world, there's a proverb which called as "Belanda minta tanah" (translation: Dutch asking for a land) which showing the history of Dutch imperialism on Malacca (after taking it from the Portuguese imperialist).
When the people offer something, they asking for more.
— Bustamam (@sayasedangtweet) May 30, 2022
Tweet tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen di negara lain yang berpendapat budaya di negara mereka sangat berbeza dan kebanyakan tuan rumah sangat pemurah dalam menyediakan makanan.
Then of course, after:
“Please have some fruit.”
“Oh no I’m completely stuffed.”
“HAVE SOME FRUIT.”
“…ok” pic.twitter.com/4r0P7cI1Qc— Cindy Fan (@cindyisAWOL) May 29, 2022
This is what I mean ??https://t.co/ALIxTRQEDK
— أحمد الهلال (@AhmedNasser223) May 31, 2022
Pun begitu, kebanyakan netizen tidak menyalahkan orang Sweden berkenaan hal ini kerana mungkin ia adalah budaya negara mereka dan ia tidak sama dengan apa yang dialami kita di negara sendiri.
Yang admin tahu, kalau kat negara kita, memang kenyanglah kawan kita tu mak kita masak macam-macam kan. Untung sangat!
Baca: Bukan ‘Jatuh Terduduk’, Tindakan Pelakon Squid Game Ini Rupanya Ada ‘Maksud’ Dalam Budaya Korea