Sejak akhir-akhir ni, nama Abang Viva selalu menjadi topik perbualan di kalangan netizen lagi-lagi di media sosial selepas viral dengan sikap prihatinnya membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas.
Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Bin Omar difahamkan sehingga kini masih lagi aktif dalam menghulurkan bantuannya kepada mereka yang masih terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Dek kesanggupan dan usahanya dalam membantu mangsa banjir, Abang Viva telah dianugerahkan Adiwira Prihatin Musibah dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Detik istimewa itu dikongsikan sendiri oleh Abang Viva menerusi akaun rasmi TikToknya iaitu @abangvivaofficial.
“Allhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua sy telah menerima sijil pnghrgaan ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH” – Abang Viva
Penerimaan sijil penghargaan itu menerima reaksi yang positif dari netizen di bahagian komen yang rata-rata memuji bahawa sememangnya Abang Viva layak untuk menerima anugerah tersebut kerana jasa baiknya ketika rakyat dilanda musibah.
Mula buat akaun TikTok, guna duit live bantu mangsa banjir
Dalam pada itu, Abang Viva membuat keputusan untuk membuka akaun rasmi TikToknya pada Isnin lalu untuk berkongsikan segala pengalamannya ketika membantu mangsa banjir.
Bukan itu sahaja, dia juga menggunakan wang yang diperoleh dari live TikTok untuk membeli barang keperluan mangsa banjir. Fuh, betul-betul adiwira ni!
“Duit dia live smlm dia pakai utk bgi bantuan..murah rezeki abg..sya doakan abg dipermudahkan apa jua keadaan” – Komen netizen
Hasil dari kesungguhannya, kurang dari 24 jam, Abang Viva yang dianggap sebagai superhero Malaysia telah berjaya meraih lepas dari 140 ribu followers.
Tahniah Abang Viva! Min pulak yang sebak sepanjang tengok video dia dapat anugerah tu… Awak memang layak!
Baca: Digelar Sebagai ‘Wira Banjir’, ‘Abang Viva’ Kini Ke Pahang Pula Untuk Bantu Mangsa Banjir di Sana