in

“Kata-kata itu hanya gurauan semata” – Teruk Dikecam ‘Fashion Show’ Tak Ikut SOP, Founder Buka Mulut Bagi Penjelasan

Ft Hafizhamids

Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial tentang sebuah acara pertunjukan fesyen sempena memperkenalkan koleksi raya. Apa yang menjadi topik bualan netizen adalah kerana acara itu didakwa tidak mengikut SOP kerana berdasarkan gambar yang tular di Twitter, tetamu acara dilihat duduk rapat antara satu sama lain dan rata-ratanya tidak memakai pelitup muka.

Selain itu, tular juga video pemilik jenama tersebut yang mengaku acara itu tidak mematuhi SOP ditetapkan. Hari ini, pemilik Leeyanarahman itu, Hafiz Hamids tampil memberi kenyataan permohonan maaf sekaligus menjelaskan tentang acara tersebut.

Menurut Hafiz, apa yang dikatakannya seperti di dalam video itu hanyalah gurauan bersama kawan rapatnya ketika acara tersebut sedang berlangsung. Melalui Instagram, Hafiz menjelaskan perkara yang sebenar.

Dari hati yang ikhlas, saya memohon maaf atas apa yang berlaku. Kata-kata yang keluar dari mulut saya bukan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.”

Kata-kata tersebut, hanya gurauan semata-mata bersama kawan kenalan yang rapat. Sebagai hype kepada seseorang yang acah-acah diinterview.”

https://www.instagram.com/p/CM1stRClX48/

Katanya lagi, acara tersebut yang dihadiri beberapa selebriti dan personaliti Instagram memang patuh SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Hakikatnya, fashion show tersebut memang mengikut SOP yang ditetapkan which is keluar dari lift hall, semua guest akan disaring oleh pihak dewan.”

Semasa regustration, guest akan di check sekali lagi oleh pihak kami sendiri. Kepada yang tak bawa mask, pihak kami akan beri secara percuma.”

As long as, before masuk kena pakai mask. Kemudian di dalam hall pula, setiap kerusi yang disusun telah dijarakkan mengikut keluasan hall.”

Walau apa yang terjadi, saya memohon seribu kemaafan kepada sesiapa saja yang terasa dengan percakapan saya. Mungkin saya kurang sensitif tentang isu ini. Maaf sekali lagi.”

https://www.instagram.com/p/CM1qlsPFb0i/

 

Baca: “Tak pakai mask ya, kebal virus ke kak?” – Jenama Baju Lokal Dikecam, Buat ‘Fashion Show’ Raya Tak Follow SOP?

Ft Leeyanasop