Masuk bulan Oktober tahun ini menandakan setahun serangan rejim Israel terhadap Palestin sejak tahun lepas.
Ramai selebriti yang masih menggunakan pengaruh mereka untuk bersolidariti dengan Palestin, terbaru penyanyi muda Azzam Sham menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza untuk bersuara mengenai Palestin.
Artikel berkaitan: Alif Teega Didakwa Salah Guna Lebih RM60K Infaq Korban, Iftar di Mekah, Syria & Palestin
Artikel berkaitan: 7 Pemain Bola Sepak Antarabangsa Yang Nyatakan Sokongan Kepada Palestin
Umum mengetahui, penyanyi Amerika Syarikat, Bruno Mars menyatakan sokongannya buat Israel dan perkara itu menjadikannya antara penyanyi yang diboikot.
Azzam menerusi media sosialnya, memuat naik sebuah video di mana dia menukarkan lirik lagu Die With A Smile nyanyian Bruno Mars dan Lady Gaga kepada lirik yang menunjukkan sokongan buat Palestin.
@azzamsham Guys bantu azzam tag onwer lagu guys bagi dia repost ✌? Thank you to my lovely wife @Sheryl Shazwanie sbb tukar lirik ni hopefully korang boleh terima ? Ps: ni azzam record live sorry la klu terkurang nak best pakai headphone ?? #DeritaJiwaOutNow #diewithasmile #diewiththesmilecover #diewithasmilecover
Malah, dalam video tersebut Azzam memberitahu lagu yang telah diubah itu merupakan ‘mesej’ untuk penyanyi asal lagu tersebut.
“Dengar tiga kali still goosebump”
Video yang dimuat naik oleh pemenang Big Stage musim ketiga itu menarik perhatian ramai dan rata-rata netizen memuji kreativiti penyanyi muda itu.
Setakat artikel ini ditulis, video cover itu sudah mendapat lebih 230K tontonan serta lebih 600 komen di TikTok.
Sumber: TikTok