in

“Kasar, ego” – Doktor ‘Sound’ Cara Staf Klinik Kesihatan Layan Pesakit

Ft Doktor Sound Doktor Klinik Kesihatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kena datang awal, beratur panjang, kadang-kadang ‘tersadai’ dibawah panas, lama nak tunggu giliran, bila dah dipanggil masuk untuk consult atau nak buat follow up, ada kalanya dilayan kasar malah ada sampai maki hamun.

Itulah yang sering dilalui oleh orang awam yang dalam keadaan tidak sihat saat nak dapatkan bantuan dan bimbingan doktor di kebanyakan Klinik Kesihatan.


Boleh dikatakan, kes sebegini seringkali berlaku dalam kalangan orang sekeliling kita malah kerap kali juga mereka kongsikan di media sosial masing-masing.

Susulan daripada itu, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Mani tampil memberikan teguran pedas buat para doktor dari Klinik Kesihatan ini.

 

Tegur perangai doktor di Klinik Kesihatan

Menerusi 2 video berlainan di TikTok miliknya, Dr. Mani membuat teguran secara terbuka dengan menegaskan bahawa pihak Klinik Kesihatan sepatutnya memperbetulkan cara pengurusan kerana alasan doktor tidak cukup itu dianggap tidak wajar.

Dr. Mani menjelaskan bahawa amatlah tidak berbaloi untuk pesakit menunggu berjam-jam terutamanya yang dah berumur.

@dr.mani_

Syndrome klinik kesihatan #drmani #fyp #kk #klinik #kesihatan #fypシ

♬ golden hour – JVKE

Sehingga kini, video perkongsian di atas telah meraih 224k tontodan dalam masa 2 hari ia dimuatnaik. Ada netizen ceritakan yang dia bersetuju dengan pendapatnya, ini kerana situasi yang mereka alami sama sepertimana yang diperkatakan dalam video di atas..

Susulan itu, Dr. Mani tampil memberikan respon dan membuat teguran lagi berkenaan dengan sikap mereka terhadap mana-mana pesakit yang mengalami kencing manis dan darah tinggi.

Beliau juga menempelak sikap doktor yang memberikan layanan kasar disamping memberikan info yang tidak jelas kepada pesakit.

“Boleh tak buat satu plan terutamanya yang kecing manis dan yang darah tinggi, buat satu plan bila kena makan ubat dan bila kena berhenti makan ubat!”

“Bukan dia mahu makan ubat tu sampai mati, awak tak ada plan untuk mereka, awak sahaja tambah ubat 3 bulan sekali, lepas tu soalan bodoh yang awak tanya dengan patient, semua bila darah tinggi naik ‘mengapa darah tinggi naik’ dengan patient.”

“Kalau patient tahu, patient suka ke darah tinggi, kencing manis naik, itu menunjukkan infomation yang awak bagi tu tak cukup, cara penyampaian pun tak cukup, kasar,ego, sebab jadi doktor kan.”

@dr.mani_

Replying to @thisisme syndrome klinik kesihatan part 2 #drmani #klinik #kesihatan #kencingmanis #diabetes #fyp #fypシ

♬ Goo Goo Muck – The Cramps

Katanya dalam video kedua yang telah meraih lebih 2 juta tontonan dalam masa sehari ini, beliau yang pernah bekerja di Klinik Kesihatan menegur agar doktor dapat perbetulkan sikap, beri info yang betul dan perlu berubah kerana masalah ini terjadi sejak dari dulu lagi.

Sebagai sesama doktor, Dr. Mani menjelaskan teguran ini dibuat berikutan dengan keluhan daripada pesakit-pesakitnya.

Hurm, apapun, harap la masalah dekat Klinik Kesihatan ni dapat diperbetulkan, sebab biarpun min tak ada kaitan dengan sektor kesihatan, apa yang Dr. Mani cakap ni memang masuk akal.

Baca : Panggil Keluarga Pesakit ‘Bodoh’ Doktor Digantung Tugas 5 Hari

Doktor Thailand Digantung Tugas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.