in

“Karma?” – Ada Netizen Dakwa Neelofa Pernah Guna Gambar Adiknya Tanpa Kebenaran?

neelofa waqaf quraan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai ibu bapa yang memilih untuk tidak menunjukkan wajah anak-anak mereka, ini kerana banyak kemungkinan yang boleh berlaku tetapi yang paling utama ialah atas dasar keselamatan, khususnya anak-anak kecil dan bayi yang baru lahir.

Itu juga pendekatakan yang dipilih oleh selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa yang memilih untuk tidak menunjukkan wajah anaknya, Muhammad Bilal di media sosial.


https://www.instagram.com/p/Cigp9TNP4qs/?utm_source=ig_web_copy_link

Baru-baru ini, terdapat beberapa foto yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang memaparkan wajah anak pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz itu.

Perkara tersebut sudah pastinya mendatangkan kemarahan usahawan inai Nunha itu yang merasakan privasi keluarganya tidak dihormati.

“Sebagai ibu, semestinya perbuatan menyebarkan gambar itu menyinggung perasaan. Kalau terserempak atau terjumpa Bilal di luar, saya tak halang dan tidak akan sorok mukanya.

Namun, apabila ada pihak yang memuat naik dan sebar dalam media sosial, ia seolah-olah tidak menghormati kami sebagai ibu dan ayah Bilal… Melangkaui kami pula.

Saya terkilan… Seharusnya, mereka beri saya kesempatan sebagai ibu yang melahirkan untuk berkongsi sendiri wajah anak saya.” katanya menerusi Berita Harian.

Pun begitu, ada pihak di laman Twitter memberitahu perkara itu ibarat karma apabila Neelofa sebelum ini pernah menggunakan gambar adiknya untuk mempromosi program wakaf Al-Quran miliknya melalui Pertubuhan Kasih Neelofa.

wkfqrn

Malah, dalam thread Twitter tersebut individu berkenaan juga berkongsi dia sudah pun meminta penjelasan daripada pihak Neelofa tetapi tidak diendahkan sebaliknya mereka hanya memadamkan posting berkenaan sahaja.

wkfqrn2 1

Korang kalau nak muat naik apa-apa di media sosial tu berhati-hati ye…

Baca: “Maaf semua, ini bukan Bilal tetapi comelnya masya-Allah” – Neelofa

Ft Neelofa Sangkal Foto Viral Bilal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.