Awkward terok!
Itulah ayat yang sesuai bagi menggambarkan situasi yang dialami seorang pencuri apabila dia disapa oleh pemilik kedai yang sedang dipecah masuknya.
Insiden yang dipercayai berlaku di negara jiran, Indonesia itu telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai sebuah telefon yang sudah ditutup. Pun begitu, seorang lelaki dipercayai pemilik kedai masih berada di dalam kedai berkenaan.
Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:
https://www.instagram.com/p/CnLebmOgzWX/?hl=en
Sama-sama terkejut
Ketika kejadian, pemilik kedai telefon itu sedang berada di belakang kaunter jualan sebelum seorang lelaki berpakaian serba hitam menerjah masuk menerusi shutter yang sudah tertutup secara mengejut.
Pun begitu, pemilik kedai dilihat tidak menjerit atau panik, tetapi dengan bersahaja sempat menyapa si pencuri.
Meninjau ke ruangan komen, insiden berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan telatah si pencuri dan pemilik kedai.
“Rasanya tu bukan pencuri la… Tu orang nak check quality shutter door tu elok ke tak takut betul-betul kena pecah masuk,” perli seorang netizen.
“Baik betul owner tak jerit atau tak kejar terus. Siap tanya lagi nak apa,” kata pengguna lain pula.
“Aku yang tengok video ni je kesabaran dah nipis dah. Memang aku kejar kalau aku kat tempat owner,” komen yang lain pula.
Sumber: @mememedsos
Baca: Pencuri Laptop ‘Jujur’ Di Afrika, Siap Hantar Emel Mohon Maaf Pada Mangsa