in

Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun Hilang, Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Dhiya Azzahra

Dhiya Azzahra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis kini sedang mencari seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Seksyen U3, Sungai Buloh, pada pagi Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor, laporan kehilangan itu dibuat oleh bapa kanak-kanak tersebut sekitar jam 7.40 malam, Sabtu.


“Kanak-kanak ini dikenali sebagai Dhiya Azzahra Muhamad Alhalifi, tinggi lebih kurang 150cm, berat 45kg, dan berkulit sawo matang.

“Kali terakhir dia dilihat memakai seluar jeans baggie, tudung hitam, baju sejuk dan kasut sukan warna-warni,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Artikel berkaitan: “Tersangkut pada jaring” – Guru Hilang 3 Hari Ditemui Maut Di Sungai Pahang

Artikel berkaitan: Kecoh Beg Berisi Wang Tunai RM1 Juta Tiba-tiba Hilang Dalam Van, Rupanya…

2920183
Dhiya Azzahra

Dhiya dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak keluar sekitar jam 9 pagi pada hari kejadian.

Polis kini memohon bantuan orang ramai untuk membantu mengesan Dhiya.

Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat boleh terus menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Hizam Talib, di talian 012-6550262.

Semoga Dhiya ditemui dengan selamat. ?

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.