in

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Disengat Obor-Obor Di Pulau Pangkor

Kes Obor Obor Pangkor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun berasal dari Perancis menemui ajal setelah disengat oleh obor-obor semasa berenang di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Noh Omar Sappi berkata, dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.45 petang tersebut, mangsa yang ketika itu sedang berenang dengan keluarganya di pantai berkenaan sebelum menjerit kesakitan.


Tambah beliau lagi, orang ramai yang berada di tempat kejadian segera mendapatkan mangsa dan membawanya ke tepi pantai sebelum menyedari bahawa kanak-kanak tersebut telah diserang obor-obor.

Pantai Teluk Nipah

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di klinik kesihatan dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat”

Menurut kenyataan ACP Noh lagi, beliau menerima panggilan daripada petugas klinik kesihatan pada jam 7.30 malam, memaklumkan bahawa mangsa sudah disahkan maut.

Tambahnya lagi, hasil bedah siasat yang dijalankan keatas mangsa mendapati terdapat kesan sengatan sensungut obor-obor pada bahagian abdomen serta kedua-dua belah kaki.

Hasil bedah siasat keatas mangsa di Hospital Seri Manjung mendapati punca kematian adalah kerana ‘jellyfish envenomation’ dan kes dikelaskan sebagai kematian mengejut.

Jellyfish Dermatitis Case1 Abdominal Skin Lateral

Menurut kajian yang pernah dijalankan berkenaan kes berkaitan sengatan obor-obor di Malaysia, secara spesifiknya di perairan Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor, terdapat 45 kes dicatatkan sepanjang tahun 2021 dan kes tertinggi berlaku pada Disember hingga Februari.

Kajian tersebut turut mendedahkan bahawa rawatan kecemasan yang disarankan adalah dengan menggunakan cuka dan mereka juga menyarankan agar cuka ini disediakan di kawasan pantai sebagai rawatan awal sementara menunggu kedatangan bantuan kecemasan.

Baca : Netizen Kongsi Petua Kalau Kena Sengat Obor-Obor, Hanya Siram Dengan Air Coke?

Fi Coke Full

Sumber: Wikimedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.