in

“Kamu hancurkan masjid” – Puteri Sarah & Syamsul Bakal Bercerai, Datin Patimah Luah Kesedihan

dpatimah ig story

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam heboh cerita rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah apabila kedua-dua mereka sahkan akan bercerai pada 18 April ini.

Selepas beberapa bulan turun naik mahkamah, pasangan selebriti itu bertemu jalan penyelesaian dengan cara yang terbaik.


Pun begitu, ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail melalui laman Instagram miliknya meluahkan rasa sedih terhadap seseorang individu yang katanya telah menghancurkan sebuah masjid atau rumah tangga dan membuatkan air mata seorang ibu mengalir.

dptmh

“Sedarkah dosa kamu yang sudah menghancurkan sebuah masjid dan membuatkan air mata seorang ibu mengalir tanpa henti,” tulisnya.

Posting IG Story itu turut menggunakan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nukilan Flybaits sebagai latar belakang.

Sebelum ini, Syamsul Yusof akhirnya bersetuju untuk lafaz cerai terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana pada 18 April nanti di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Sebagai info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam dan Summayah.

Baca: “Dalam hati Allah tahu” – Netizen Sebak Lihat Momen ‘Gelak Tawa’ Syamsul & Puteri Sarah Di Mahkamah

Syamsul Sarah Gelak 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.