in

“Kami sendiri pun takut” – Anggota Rabbani Dedah Pernah Jadi Pelajar Al-Arqam Sebelum Diharamkan

Rabbani Pelajar Al Arqam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anggota kumpulan nasyid yang pernah terkenal di tanah air, Rabbani mendedahkan bahawa mereka pernah menjadi pelajar di bawah gerakan Darul Al-Arqam yang dikenali sebagai NadaMurni sekitar tahun 1980-an.

Salah seorang ahli kumpulan, Mohd Asri Ubaidullah bagaimanapun berkata perkara itu sudah lama berlaku dan kini mereka tiada apa-apa kaitan dengan gerakan itu sejak ia diharamkan lebih kurang 30 tahun lalu.


“Kami terus terang bahawa kami dulu merupakan pelajar gerakan Darul Al-Arqam di bawah nama kumpulan NadaMurni tetapi apa yang sudah berlaku, biarlah berlalu.

“Selepas Al-Arqam diharamkan 30 tahun yang lalu, kami berpecah dan duduk dengan masyarakat,” kata Asri.

Artikel berkaitan: Pernah Dikaitkan Dengan Al-Arqam, Ini Kisah Bagaimana Tertubuhnya Kumpulan Nasyid Hijjaz, Rabbani & Raihan

Artikel berkaitan: Christine Rohani Kongsi Bagaimana Dia Selamatkan Anak & Cucu Keluar Dari Perangkap Al-Arqam

Screenshot 2024 09 25 161153

Lagu NadaMurni tak bercanggah dengan syariat Islam

Asri juga memberitahu lagu-lagu yang dihasilkan oleh kumpulan NadaMurni tidak bercanggah dengan syariat Islam, sebaliknya hanya menyelitkan tentang perkara asas agama.

Katanya, lagu-lagu mereka ketika itu tidak menyentuh sebarang unsur disifatkan ‘ajaran sesat’ kerana bimbang perkara itu merosakkan jiwa masyarakat.

“Lagu-lagu yang dihasilkan NadaMurni juga mempunyai mesej baik seperti sifat-sifat Allah dan sifat-sifat rasul. Itu lagu-lagu yang dihasilkan kami dan masih diteruskan hingga ke hari ini.

“Tak ada pun kami selitkan doktrin-doktrin yang bukan-bukan kerana kami sendiri pun takut. Kami takut kalau perkara itu boleh merosakkan akidah diri sendiri dan masyarakat.”

553 1

Kena sertai progam pemulihan akidah

Mengulas lanjut, selepas meninggalkan kumpulan itu, mereka perlu menyertai program pemulihan akidah dengan pantauan pihak berkuasa dan keselamatan.

Asri juga menitipkan pesanan kepada masyarakat agar menuntut ilmu agama dengan guru yang betul bagi memastikan akidah tidak terpesong.

“Melalui pemantauan, kami mula sedar bahawa kami ini (kumpulan nasyid) adalah milik masyarakat di mana mereka perlukan kami untuk berkongsi bermacam-macam perkara,” katanya.

Seorang lagi anggota Rabbani, Azadan Aziz berkata, ajaran dan tindakan yang dilakukan dalam GISBH jauh berbeza dengan apa yang berlaku dalam gerakan Al-Arqam.

“Apa yang berlaku dalam Al-Arqam dulu 80 hingga 90 peratus tidak sama dengan apa yang berlaku dalam GISBH ketika ini.

“Dulu banyak sangat kebaikan dan pada peringkat awal itu okay saja. Dari segi pengajiannya, ekonominya memang okay,” ujarnya.

Selepas pengharaman gerakan berkenaan, penyanyi nasyid dalam kumpulan itu kemudiannya berpecah dan mencipta nama dengan kumpulan seperti Rabbani, Hijjaz dan Raihan.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.