Pasangan merpati dua sejoli, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson dikatakan sudah tidak lagi sehaluan dan tidak rapat seperti sebelum ini.
Menurut Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson antara punca yang membuatkan hubungan mereka renggang adalah faktor kekangan masa dan kesibukan kerja.
Artikel berkaitan: Aedy Ashraf Akhirnya Bersuara, Tidak Ingin Terpalit Dengan Apa-Apa Kontroversi
Artikel berkaitan: “Terlampau taksub” – Dipersoal Pakai Rantai Loket Salib, Netizen Tunjuk Foto Sebenar Rantai Amelia Henderson
Pelakon drama Pengantin Satu Malam itu memberitahu hubungan dia dengan Aedy sudah tidak seperti dahulu dalam satu sesi live di Instagram miliknya yang kemudiannya dimuat naik oleh netizen di TikTok.
@imyourdaisyyy ” i love him so much but just from afar now ” i sentiasa doakan yang baik2 untuk korang berdua ??? #aedyamelia #aedyashraf #ameliahenderson
“Apa-apa pun sekarang kami sudah di haluan berbeza dan tiada apa yang boleh diulas.
Dia adalah seorang aktor hebat dan saya doakan yang terbaik untuk Aedy malah tidak sabar untuk menonton filem Kahar Kapla High Council nanti.
Adakalanya, sesuatu perkara berakhir kerana masa itu tidak bersesuaian. Sudah lama benda ini berlaku cuma kami tak keluarkan sebarang kenyataan sebab kami saling menghormati,” katanya.
Sebelum ini, kedua-dua pelakon muda itu dikatakan mulai rapat ketika digandingkan bersama dalam drama Kisah Cinta Kita pada tahun 2021.
Malah, kedua-dua mereka sering berkongsi moment bersama menerusi media sosial masing-masing.
Sumber: TikTok