in

“Kalau ulat boleh terima lagi” – Pasangan Terkejut, Jumpa Anak Ular Masih Hidup Dalam Plastik Salad

collage 26

Kalau terjumpa ulat dalam sayur yang kita beli tu, ramai orang cakap bagus sebab maknanya sayur yang kita beli tu segar dan bebas dari racun perosak.

Tapi untuk kes dekat Australia ni macam mana pula?

Baru-baru ini, satu pasangan dari Sydney mendakwa yang dia telah menemui seekor ular hidup dalam plastik salad yang dibelinya dari pasar raya Aldi.

Menurut Alexander White, dia dan pasangannya Amelie Neate menemui ular tersebut semasa dia sedang menyusun barang-barang yang dibeli mereka dari pasar raya tersebut.

Ia bergerak dan keluarkan lidah kecilnya. Masa tengok lidahnya baru saya tahu benda tu bukan cacing, kalau cacing saya okey lagi.”

Menurut Alex, ketika dia membeli barang di pasar raya tersebut, dia tak membawa troli kerana tak mempunyai duit syiling. Katanya, agak ngeri mengenangkan dia bawa plastik salad tersebut macam tu saja.

Oleh kerana ini, pasar raya Aldi telah pun menjalankan siasatan selepas menerima aduan dari wanita tersebut. Setakat ini, pasar raya tersebut masih tak pasti macam mana ular tersebut boleh masuk ke dalam beg plastik itu, lapor 9gag.

ayM2zj8 700bwp

Kami telah bekerjasama dengan pelanggan dan pasukan penyelamat haiwan liar untuk mengenal pasti habitat semulajadinya (yang pasti bukan di Aldi) dan bekerjasama rapat dengan pembekal untuk menyiasat bagaimana insiden seperti ini boleh berlaku.”

Wakil dari pasukan penyelamat haiwan, John Grant mengatakan yang penemuan ini sangat jarang berlaku malah mereka tak pernah berhadapan dengan kes seperti ini.

Andaian kami, cuma andaian, kerana ular tersebut masih kecil, mungkin ia telah diambil semasa proses pemetikan sayur dan berjaya hidup sepanjang proses pembungkusan.

Ular berkepala pucat yang ditemui itu berpotensi boleh membahayakan orang lain dan telah pun diambil oleh pasukan penyelamat haiwan liar.

Untuk pengetahuan korang, ular berkepala pucat ini merupakan spesis ular yang pemalu tapi cepat rasa gementar dan mudah gelisah bila diganggu. Biasanya ia hidup dalam pokok yang berlubang di New South Wales dan Queensland.

Walaupun masih belum ada rekod kematian akibat patukan atau gigitan ular seperti ini, ia boleh memberikan beberapa simptom seperti sakit kepala yang teruk, pandangan kabur, sakit di kawasan yang digigit dan pendarahan tak normal.

 

Baca: “Kereta bau macam bangkai” –  Wanita Tiba-tiba Perasan Ada Darah Menitik Dari Kereta, Rupanya Ada Ular Sawa Mati Dalam Enjin!

Screenshot 2021 04 16 at 3.34.08 PM

Sumber: 9gag
Sumber: 9gag
Sumber: 9gag