in

“Kalau takde duit kenapa berbelanja sampai berhutang?” – Isu Hina B40, Ryzal Ibrahim Buka Mulut

Ryzal Ibrahim Durian Kimchi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial isu influencer Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ryzal Durian Kimchi memuat naik sebuah content di media sosial miliknya yang dikatakan seakan menghina golongan B40.

Menerusi Gempak, Ryzal memberitahu dia tidak kisah dengan segala kecaman netizen yang diberikan kepadanya.


Sebelum ini, dia enggan memohon maaf kepada sesiapa yang terasa dengan videonya itu dan Ryzal memberitahu segelintir golongan itu sepatutnya menyedari perbelanjaan mereka lebih daripada kemampuan.

Cats 37

“Kecaman yang diterima masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Saya tak rasa itu satu kesan kepada saya, mungkin mereka tak faham maksud sebenar disebalik video tersebut, mereka tak faham isi tersirat. 

Namun ada juga yang meminta maaf kerana tidak faham maksud sebenar pada awalnya, tetapi lebih jelas selepas tonton video penjelasan.

Mereka perlu sedar perbelanjaan mereka lebih dari pendapatan,” katanya.

Influencer itu turut menegaskan perkongsiannya itu hanya untuk memberikan kesedaran kepada golongan B40 untuk lebih berjimat dan tidak berbelanja sehingga berhutang.

Selain itu, dia turut memberitahu dia telah menerima banyak direct messages (DM) yang meminta bantuan untuk membayar hutang, termasuklah hutang ansuran telefon bimbit dan penapis air.

Baca: Ryzal Duriankimchi Dilabel ‘Humblebragging’ Lepas Buat Video Rutin harian B40 Tapi Tayang Barang Mewah

Ft Ryzal Duriankimchi Dikecam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.