in

“Kalau saya ada rekod kes lampau, adakah saya tak boleh cari rezeki halal?”- Abang Belon

insiden abang belon dbkl jalan tar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan insiden pergelutan yang melibatkan beberapa anggota penguat kuasa DBKL dengan seorang penjaja belon di Jalan TAR, penjaja tersebut telah dirawat di hospital kerana kecederaan akibat kejadian tersebut dan individu berkenaan juga dilaporkan mempunyai 13 rekod jenayah lampau.

Terkini, penjaja belon tersebut yang juga dipanggil Abang Belon hari ini telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.


Abang Belon atau nama sebenarnya Muhammad Zaimuddin telah membuat laporan tersebut bersama peguam, Rafique Rashid, pengamal perubatan serta ibu dan bapanya.

Selepas laporan itu dibuat, Abang Belon bercakap kepada media berhubung kes pergelutannya dengan anggota DBKL tersebut.

Abang Belon mempersoalkan adakah dia tidak boleh mencari rezeki halal sekiranya dia mempunyai rekod lampau, lapor Kosmo.

19

Artikel Berkaitan: Penjaja Belon Yang Tular Baru-baru Ini Didakwa Ada 13 Rekod Jenayah Lampau

Artikel Berkaitan: Tiada Lesen, Penjual Belon Bergelut Dengan Penguat Kuasa DBKL Di Jalan TAR

Selain itu, dia turut berkata adakah rekod kes lampau seperti itu membolehkannya dipukul oleh sesiapa.

Menurut Malaysia Kini, Abang Belon mengatakan pada tarikh 28 Mac lalu, dia berada berdekatan kawasan SOGO untuk menjual belon dan bukannya untuk menjual dadah.

“Kalau saya ada kes lampau, adakah maksudnya saya tiada tempat untuk lawan orang yang buat salah dengan saya?“ soalnya ketika ditemui media hari ini.

Peguam, Rafique Rashid mengatakan isu berkaitan rekod jenayah lampau itu tidak akan diulas oleh pihaknya kerana menurutnya, perkara tersebut setakat ini belum disahkan secara rasmi.

Menurut pengamal undang-undang ini, rekod jenayah lampau lazimnya digunakan bagi isu atau kes di mana seseorang didapati bersalah di mahkamah dan pihak pendakwa raya akan menggunakan kes lampau agar hukuman lebih berat dapat dikenakan.

Dalam masa yang sama, rekod jenayah lampau itu tidak membolehkan perbuatan yang melampaui batas dilakukan oleh mana-mana individu termasuklah badan penguatkuasaan.

Sumber: Kosmo

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.