in

“Kalau Orang Bandar Mau Dah Lari”- Angsa Kacau Tuan Berborak Dengan Jiran Buat Netizen Terhibur

Angsa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila pulang ke kampung, suasana pasti menjadi riuh dan meriah. Manakan tidak, di sana ada ramai jiran yang memelihara pelbagai jenis haiwan peliharaan, misalnya ayam dan itik. Malah, ada juga yang membela angsa.


Seperti yang umum tahu, angsa ini kadangkala boleh jadi haiwan yang sangat ‘garang’. Dalam media sosial, ada banyak video yang menunjukkan haiwan ini mengejar orang yang lalu lalang tanpa belas kasihan.

Tetapi, berbeza pula dengan angsa dalam video kali ini. Baru-baru ini, ada satu video tular yang memaparkan seekor angsa ingin ‘membawang’ bersama sekumpulan mak cik di kampung.

Artikel berkaitan: Lepas Agih Ayam Percuma Di Bukit Bintang, Kali Ini Geng Bertopeng Edar Telur Ayam Percuma Pula Untuk Orang Ramai

Artikel berkaitan: Baru nak makan sekali – Wanita Terkilan Nasi Ayam Dibeli Di Bazar Ramadan Berlendir

Dalam video tersebut, makcik itu didatangi angsa peliharaanya yang seakan mahu mengejar namun dia dengan selamba memang angsa itu dan menghentikan tidakan haiwan tersebut.

Malah, dalam video sama, kedengaran suara perakam yang juga anak kepada salah seorang wanita itu meminta semua orang lari kerana takut dikejar.

Bila angsa datang nak dengan mak-mak borak siap lepak sekali, itu petanda lama sangat dah borak tu.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.