Korang mesti pernah dengar kan yang kita tidak boleh jadikan anak patung sebagai perhiasan. Kalau tak, mesti akan ada makhluk lain yang akan bermain dengan toys tu.
Macam kisah kali ini yang dikongsikan oleh seorang doktor menerusi Facebook. Menurut Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan, dia telah mengalami sendiri kisah seram dengan kuda mainan anaknya.
https://www.facebook.com/chaku/posts/10158360518563351
Anak perempuan dia takut dengan kuda mainan warna merah tu
Pada mulanya, doktor ini belikan kuda tersebut untuk anak perempuannya iaitu Auni. Namun, dia tak pernah main dengan benda tu sebab anak dia macam takut dengan kuda.
Keluarga mereka mula diganggu kuda mainan tersebut. Siap dengar bunyi budak gelak dan kuda mainan tu bergerak sendiri weh! Memang seram habis sampai meremang bulu roma admin ni.
Mula-mula duduk dekat kabinet TV, tapi tiba-tiba ada di depan tangga pula
Jadi, siapa yang alihkan kuda tu sedangkan takde orang kat ruang tamu?
Rupa-rupanya, kita tak boleh simpan mainan tu kalau taknak main. Kalau taknak guna juga, kita digalakkan untuk sedekahkan permainan tu dekat orang lain. Sebab katanya, bila kita simpan benda ni dan tak dimainkan, dia akan dihuni oleh makhluk yang kita tak nampak.
Jangan muliakannya. Biar ia kotor. Biar dia ada cela
Selain itu, ada juga netizen lain yang mengatakan patung Gundam yang orang selalu buat collection tu pun tidak digalakkan untuk dibuat perhiasan di rumah.
Lebih baik korang check ada tak anak patung yang tak guna macam ni kat rumah korang. Better late than never kata orang putih kan.
Baca: Menjaga Patung Berhantu Seperti Anak Sendiri Menjadi Trend Masyarakat Thailand