Jepun merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan orang kita kerana keunikan negara itu sendiri, kemajuan, kebudayaan dan pelbagai faktor lain yang menjadikannya destinasi pelancongan yang semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Bercakap mengenai melancong ke Jepun ni, pastinya salah satu sebab orang yang berkunjung ke sana adalah untuk membeli-belah, terutamanya barangan berjenama dan buatan Jepun. Antara kategori barangan yang sering menjadi tumpuan pastinya jam tangan, alatan memancing, kosmetik, produk elektronik dan macam-macam lagi.
Tapi, korang percaya tak sebenarnya ada sesetengah jenama yang ada di Malaysia ni dijual dengan harga yang lebih murah sekiranya korang beli di Jepun? Sebagai contoh, berikut adalah 5 kategori barangan yang lebih berbaloi untuk dibeli sekiranya korang pergi ke Jepun.
Jam Tangan Buatan Jepun
Sekiranya korang atau ada kawan-kawan yang ke Jepun, cuba minta mereka untuk tengokkan harga jam tangan buatan Jepun.
Antara jenama yang menjadi kegilaan pastinya Casio, G-Shock yang menjadi ‘fenomena’ di Malaysia dengan ada pengumpul serta komuniti peminat mereka yang sanggup berhabis ribuan ringgit. Kalau korang seorang collector, pastinya korang tahu kewujudan koleksi limited edition atau kolaborasi antara jenama-jenama yang hanya dijual di Jepun.
Selain itu, kalau minat jenis yang old school sikit, cuba tengok jenama Seiko, Citizen ataupun Orient yang masing-masing merupakan jenama yang tidak asing lagi bila sebut berkenaan jam tangan buatan Jepun.
Kelengkapan Memancing
Memancing merupakan aktiviti masa lapang yang mendapat sambutan dari masyarakat pelbagai peringkat umur di negara kita.
Seperti aktiviti lain, memancing juga memerlukan kelengkapan tertentu. Jepun dikenali sebagai pengeluar kelengkapan memancing yang berkualiti, tahan lasak, dilengkapkan dengan teknologi terkini serta mempunyai jenama peralatan memancing seperti Daiwa dan Shimano yang menjadi pilihan para pemancing.
Merch Anime
Kalau ke Tokyo, memang banyak kedai anime official/rasmi yang menjual barangan anime original dan edisi terhad. Antara kedai anime Jepun ialah Animate, Surugaya, Mandarake, Jump Store dan banyak lagi.
Animate Ikebukuro sebagai contoh, mempunyai 10 tingkat barangan anime termasuk manga, CD, DVD, figura aksi, nendoroid, pakaian, aksesori, buku, majalah dan poster. Kedai ini juga menempatkan teater dan dewan yang dibuat untuk sesi pertemuan dan tayangan peminat, kafe bertemakan anime untuk setiap peminat dan lain-lain lagi. Punyalah famous Animate ni, ia mempunyai lebih 100 cawangan di seluruh Jepun!
Barangan Berjenama & Mewah
Kalau korang nak tahu, jenama barangan mewah dari Jepun pun tidak kurang hebatnya. Sebagai contoh, Issey Miyake, merupakan seorang pereka fesyen Jepun yang terkenal dengan reka bentuk pakaian, pameran, wangian dan juga beg berjenama mewah.
Selain itu, korang boleh juga cari jenama-jenama streetwear seperti A Bathing Ape (BAPE), COMME des GARÇONS, Yohji Yamamoto, Undercover, Wego dan banyak lagi.
Korang juga boleh beli barangan sukan berjenama di Jepun yang terkenal dengan kasut, pakaian dan peralatan sukan seperti Asics, Mizuno, Yonex, Snow Peak, Montbell dan banyak lagi.
Barangan Elektronik & Gajet
Produk elektronik adalah salah satu kategori produk yang paling popular untuk dibeli di Jepun kerana produk mereka berteknologi tinggi, tahan lasak dan dijual pada harga yang lebih murah berbanding dengan negara lain.
Antara yang berbaloi untuk korang dapatkan adalah kamera, peralatan audio, permainan konsol, periuk nasi dan macam-macam lagi. Tapi, kalau korang nak cuci mata tanpa ke Jepun, korang boleh cari laman web seperti Amazon Japan, Rakuten, Yahoo! Auctions, Mercari atau laman web rasmi kedai online Jepun.
Namun, untuk membuat pembelian online di Jepun, anda perlu tahu berbahasa Jepun. Selain itu, kebanyakan kedai tidak membuat pengiriman ke luar negara dan hanya menerima kaedah pembayaran melalui kad kredit Jepun atau akaun bank Jepun.
Tapi kalau rasa renyah, korang guna je ZenMarket yang menawarkan perkhidmatan pembelian komprehensif dan mudah yang bantu anda beli barangan dari Jepun ke Malaysia. ZenMarket merupakan Perkhidmatan Beli-Belah Online Jepun yang membantu anda beli dari ribuan kedai online Jepun.
Kalau korang nak tahu, ZenMarket mempunyai seramai 1.7 juta pengguna dari seluruh dunia dan telah berkolaborasi dengan konvensyen animasi, komik dan permainan (ACG) seperti AniManGaki.
Diorang juga telah kolaborasi dengan influencer tempatan seperti Harris Annuar, cosplayer Miisa MHC, collector kad pokemon eddyfazly dan influencer memancing seperti nadi FISHHUNTER & CHAI fishing.
View this post on Instagram
ZenMarket juga menawarkan perkhidmatan berikut:
- Bantuan khidmat pelanggan multibahasa dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Satu shopping cart untuk membuat pembelian daripada beribu-ribu laman web Jepun
- Penggabungan barangan (package consolidation) ke dalam satu bungkusan untuk pengiriman antarabangsa secara percuma
- Melayari (browsing) laman-laman Jepun seperti Amazon Japan dan Yahoo! Auctions Japan dalam bahasa pilihan anda
- Menghubungi penjual bagi pihak anda
- Tidak perlu mendaftar berkali-kali di pelbagai laman pembelian online yang berbeza ketika membuat pembelian
Jadi, tunggu apa lagi. Dapatkan produk Jepun dengan harga berpatutan, dipercayai dan mudah hanya dengan beberapa langkah sahaja melalui ZenMarket. Daftar Sekarang, dan dapatkan 300 ZenPoints dalam akaun ZenMarket anda!
Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar akaun percuma ZenMarket di SINI dan dapatkan barangan kegemaran anda dari Jepun hari ini! Baca blog Cara Beli-Belah Online dari Jepun untuk tips beli-belah dari Jepun .
Sebelum terlupa, ZenMarket sekarang sedang mengadakan Promosi Diskaun 80% sempena bulan Kemerdekaan. Jika korang beli-belah dan hantar bungkusan tersebut dalam tempoh promosi (17 Ogos – 31 Ogos), korang berpeluang untuk menikmati potongan sebanyak 80% kos penghantaran ke Malaysia. Lihat maklumat lanjut di laman web ZenMarket.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ZenMarket di SINI dan lawati media sosial mereka di Facebook dan Instagram.