Penyanyi Datuk Nora Ariffin reda dan terima dengan hati terbuka seandainya lafaz cerai dilakukan oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli hari ini. Jelas penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu, dia mahu meneruskan kehidupan baharu.
Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 51 berkata, dia tidak mahu lagi hidup dalam persekitaran toksik.
Artikel berkaitan : “Itu luahan 2019” – Madu Dakwa Tak Pernah Desak Suami Ceraikan Nora, Jelaskan Perkara Sebenar
Artikel berkaitan : Suami Nora Akhirnya Bersuara, Sedih Lihat Isteri Dikeji
“Kalau jodoh sampai di sini, saya terima, mahu mulakan hidup baru dan keluar daripada persekitaran toksik selain ingin membersihkan nama, itu paling penting.”
“Kami ada berjumpa tetapi tidak berbincang tentang hal perceraian sebab menanti hari ini dan tak mahu tanya serta ingin dia membuat keputusan dengan rela hati.”
“Dia juga tahu apa saya mahu. Kami tak bergaduh cuma berjanji selesaikan dengan cara baik.”
Jelasnya Nora lagi, dia tidak meletakkan sebarang harapan berhubungan dengan prosiding pertama itu dan menyerahkannya kepada pihak mahkamah.
“Segala keputusan yang saya dengar kejap lagi, saya akan terima dengan hati terbuka dan berlapang dada.”
Dalam pada itu, Dr Rushdi tidak memberikan sebarang respon mengenai keputusan untuk lafaz cerai.
Sumber : mStar Online