in

“Kalau ikut perjanjian awal patutnya dah selesai dah” – Syamsul Yusof Dedah Sebab Tak Jadi Cerai

Ft Syamsul Dedah Punca.2Jpg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan berita mengenai pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang enggan melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan semalam.

Syamsul telah memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku agar perkara tersebut tidak menjadi fitnah terhadap dirinya.


https://www.instagram.com/p/CrK-gcHAIiJ/

Menerusi video tersebut Syamsul memberitahu bahawa dia hanya menerima syarat baru itu beberapa hari sebelum perbicaraan dan pihak Sarah menukar perjanjian awal yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Tiba-tiba saya dapat agreement baharu daripada peguamnya yang sememangnya berlainan daripada perjanjian asal.”

“Pihak sana yang menukar, meminta secara berlebih-lebihan, meminta harta yang pada saya tak masuk akal,” jelas Syamsul.

Syamsul turut mendedahkan bahawa Sarah menyuruhnya agar tidak memberitahu orang lain mengenai apa yang dia minta namun, dikatakan kini Sarah yang menukar cerita dengan mengatakan Syamsul membuat pusingan ‘U’.

“Kalau ikut perjanjian awal memang patutnya dah selesai dah, saya tarik nusyuz, saya juga nak dia tarik kes-kes terhadap isteri kedua (Ira Kazar).” katanya.

Syamsul Cerai Sarah E1681784614586

Sehubungan perkara tersebut, Syamsul menegaskan bahawa dia akan terus berjuang untuk menuntut haknya agar semuanya selesai dengan selayaknya.

“Disebabkan Sarah tak nak capai kata sepakat baik dan tukar perjanjian asal, saya putuskan untuk ‘fight’,” ujarnya.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Syamsul memberitahu Sarah meminta jumlah wang yang agak besar dan lebih daripada perlu.

“Isu Sarah sekarang kenapa tiba-tiba minta duit banyak lagi. Amaun yang diberikan itu dah lebih daripada perlu. Peguam saya tak setuju memberikan amaun yang besar tapi saya cakap tak mengapa.”

“Tapi apabila dia minta lebih lebih dan lebih lagi, kalau itu pilihan dia dan membuatkan kita tak dapat capai kata sepakat, kita terpaksa fight. Jadi kita serahkan kepada mahkamah,” kata pengarah filem Munafik itu.

Fuhhh! Apapun kita tunggu la keputusan mahkamah nanti…

Sumber : Instagram, Kosmo!, Harian Metro

Baca : Puteri Sarah Enggan Tarik Saman Ira Kazar, Punca Syamsul Tak Jadi Lafaz Cerai

Punca Syamsul Tak Jadi Lafaz Cerai 728X383 1

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.