in

“Kalau hujan pakailah payung” – Ahmad Maslan Saran Semua Turun Mengundi, Tak Kira Cuaca

pakai payung mengundi ahmad maslan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan pembubaran parlimen pada 10 Oktober lepas dan jika merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Tahun lepas, negara kita dilanda banjir yang teruk pada hujung tahun dan tahun ini terdapat desas-desus yang mengatakan PRU-15 akan diadakan hujung tahun, pastinya itu membuatkan ramai yang risau.


Pun begitu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pengundi masih perlu mengundi meskipun cuaca tidak begitu baik.

Menurut laporan MalaysiaKini, Ahli Parlimen Pontian itu menyatakan cuaca hujan tidak sepatutnya menjadi alasan untuk rakyat Malaysia untuk tidak keluar mengundi.

“Bukan ada rusuhan pun, tak pernah ada rusuhan sepanjang 14 kali PRU diadakan di Malaysia, aman damai sahaja.

Kalau hujan, pakailah payung. Jadi pada saya, mereka perlu keluar mengundi.” katanya.

Selain itu, Ahmad Maslan juga menjangkakan jumlah yang keluar mengundi pada PRU15 boleh mencapai 75 peratus, iaitu lebih rendah daripada 82.32 peratusan rasmi keluar mengundi dalam PRU14 2018 lalu.

Baca: PRU15: INGAT! Bagi Pengundi Makan, Minum Pun Dianggap Rasuah

Ft Rasuah Pru15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.