in

“Kalau cikgu lelaki auto masuk balai” – [VIDEO] Lawak ‘Kotor’ Guru Undang Perbualan Netizen

Untitled design 2022 04 13T125933.084

Menjadi seorang pendidik bukanlah kerjaya yang mudah, ia menjadi tanggungjawab kepada seorang guru untuk membentuk anak bangsa di masa hadapan.

Dalam era media sosial ini, ramai guru yang menggunakan medium tersebut untuk menjalankan pembelajaran secara online. Contohnya memuat naik kandungan berunsur pendidikan di platform seperti TikTok dimana ia lebih padat dan menarik.

Pun begitu, media sosial ini ada juga bahayanya, personaliti serta peribadi seorang guru itu dapat dilihat melalui apa yang dikongsikan dalam media sosial mereka.

Malah, perkara ini amat membimbangkan kerana ia boleh mencapai ke satu tahap dimana keselamatan murid seperti tidak dapat dijamin.

Lawak ‘kotor’ oleh guru?

Baru-baru ini, terdapat sebuah trend di TikTok dimana seseorang menunjukkan bahagian badan yang boleh dijadikan ‘bantal’.

Trend tersebut banyak dilakukan oleh pengguna TikTok luar negara kerana ia mempunyai maksud yang berbaur lucah dan tidak sesuai dengan budaya Malaysia.

Apa yang menyedihkan, trend tersebut dilakukan oleh seorang yang bergelar ‘teacher’ dan difahamkan dia kini sudah mempunyai lebih 12K pengikut di platform tersebut.

Video itu memaparkan ‘teacher’ tersebut berbaju kurung dengan tag nama dan video itu dimuat naik dengan kapsyen “lepas berbuka takpe”.

ttckgu

“Kalau cikgu lelaki, auto masuk balai!”

Walaupun video yang dimuat naik oleh ‘teacher’ tersebut dipadamkan ruangan komen, terdapat sebuah video yang telah di ‘stich’ dan dimuat naik oleh pengguna TikTok lain menyatakan trend tersebut tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pendidik.

Video itu turut mengundang perbualan netizen dan ramai yang merasakan jika seorang guru lelaki melakukan perkara yang sama ia boleh menjadi kes polis.

ttckgucommen

Fikir sebelum post ok?

Baca: “Bahaya buat macam ni” – [VIDEO] Ramai Salah Anggap Ingat Cikgu Betul-betul Cubit Murid, Rupanya...

Untitled design 2022 04 13T123259.625

Sumber: TikTok