in

“Kalau bukan sebab Mira, kami tak tahu abang hilang” – Aufahanie

Syaz Ft 2024 08 15T125558.838

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kes kematian penyanyi baru Nidza Afham menggemparkan seluruh Malaysia, mayat Allahyarham ditemui di sekitar Jambatan Sungai Klang selepas dilaporkan hilang ketika pergi beriadah.

Nidza yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie itu baru berusia 23 tahun, dia dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang dari Stadium Sultan Sulaiman, Klang.


Artikel berkaitan: “Berkatalah benda yang baik&” –  Abang Ipar Nidza Afham Minta Netizen Henti Buat Spekulasi Tentang Arwah

Artikel berkaitan: “Hormati perasaan kami” – Aufahanie Mohon Gambar Arwah Abang Ketika Ditemui Tidak Disebar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aufahanie (@aufahaniee)

Aufahanie menerusi Kosmo! menceritakan kekasih kepada abangnya yang dikenali sebagai Mira merupakan orang yang terakhir berhubung dengan Allahyarham dan dia juga orang pertama yang memberitahu tentang kehilangan penyanyi muda itu.

“Kekasih arwah abang antara individu paling sedih ketika ini. Dia sangat terkesan dengan kejadian ini. Dia adalah orang terakhir yang berhubung dengan abang. Dia yang berkongsi tentang kehilangan abang.

Ketika itu sudah pukul 1.30 pagi dan kami semua sudah tidur. Kalau dia tak maklumkan, kami pun tak tahu abang tiada dalam biliknya,” katanya.

Dalam pada itu, Aufahanie berkongsi keadaan emosi Mira kini sangat tidak stabil dan sentiasa berada di samping ibu mereka.

“Ketika ini Mira sentiasa berada di samping ibu kerana ibu juga berada dalam keadaan yang sangat lemah sejak semalam.

Mereka sama bersedih dan Mira memang tak jangka langsung kejadian sebegini akan berlaku.

Dia juga orang terakhir yang berkomunikasi dengan abang menerusi WhatsApp. Kalau bukan sebab dia, mungkin kami sekeluarga tak tahu yang arwah hilang,” katanya lagi.

Sehingga kini, proses bedah siasat jenazah Nidza masih berjalan di Unit Perubatan Forensik di sini dan dijangka dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam selepas asar.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.