in

Kalau Ada Ternampak Pemandu Lupa Buka Lampu Kereta Masa Atas Jalan, Boleh Ikut Cara Ni

Ft Lampu Luoa Buka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min yakin biasanya kalau kita ternampak orang terlupa buka lampu masa memandu kita akan bunyikan hon, bagi highbeam dan kalau boleh nak kejar serta beri isyarat kepada pemandu itu.

Bagaimanapun kadang-kadang cara itu sebenarnya hanya menyusahkan diri kita dan mungkin akan jadi bahaya bahkan pemandu tersebut mungkin akan rasa terancam, jadi kita boleh guna tips yang diberikan oleh inidivdu ini.


Artikel berkaitan : “Tak patut dinormalisasikan” – Nancy Shukri Arah Pemandu Bas Rakam Murid Perempuan Disiasat

Artikel berkaitan : Pemandu OKU Didakwa Diserang Polis Pengiring TMJ Bakal Hantar Memorandum Kepada PMX Hari Ini

Dalam video yang berdurasi 41 saat itu, individu ini dilihat membiarkan pemandu tersebut memotong keretanya dahulu sebelum membuat ‘teguran’ kepadanya.

Lelaki ini menunjukkan caranya iaitu dengan memberikan lampu besar (highbeam) sebanyak beberapa kali sebelum mematikan lampu dalam 2 ke 3 saat dan buka semula. Jika pemandu tersebut tidak perasan boleh ulangi lagi sehingga pemandu tersebut membuka lampunya.

Tips yang dilakukan ini telah menarik perhatian netizen dan mengundang pelbagai reaksi, ada yang rasa ianya satu panduan berguna dan ada juga pernah lakukan perkara yang sama tetapi dapat respon lain daripada pemandu tersebut.

Lampu Lampu 2 Lampu 3

Tapi tips yang dia bagi ni sangatlah berguna, boleh kita pakai suatu hari nanti. 

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.