in

“Kakak superhero” – [VIDEO] Ramai Kagum Lihat Pembantu Rumah Selamba Tangkap Tikus Guna Tangan

pembantu rumah tangkap tikus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai orang yang geli akan tikus, mana taknya, tikus bukan sahaja haiwan perosak ia juga boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan manusia, ini kerana haiwan kelompok rodensia itu boleh membawa penyakit seperti Lymphocytic Choriomeningitis (LCM) serta Murine typhus.

Bagi mereka yang berdepan dengan masalah pembiakan tikus di rumah atau di tempat awam, antara cara yang paling biasa digunakan ialah memasang perangkap atau memanggil servis membasmi haiwan perosak.


Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang pembantu rumah dengan tenang menangkap tikus menggunakan tangannya.

@chuithing

Kakak is the best ? 徒手抓老鼠 ? YYDS

♬ 原聲 – Chuithing Lim – Chuithing Lim

Influencer tempatan Chuithing Lim baru-baru ini berkongsi video tersebut yang menunjukkan percubaan seorang ahli keluarga lelakinya serta pembantu rumahnya untuk menangkap tikus yang kelihatan berkeliaran di rumahnya.

Dalam klip berdurasi 15 saat itu, kedua-duanya cuba memerangkap tikus itu dengan menggunakan penyapu, tong sampah, dan raket badminton ketika haiwan tersebut kelihatan keluar dari tempat sembahyang.

Disebabkan tikus tersebut bergerak terlalu pantas, mereka menjerit dan cuba menangkap tikus tersebut, haiwan kecil itu kemudiannya di tangkap oleh pembantu rumahnya dengan begitu tenang. Dia siap senyum lagi!

“Kakak memang superhero!” 

Video pendek itu menarik perhatian ramai netizen yang rata-rata memberikan tabik spring kepada pembantu rumah itu kerana begitu berani menangkap haiwan perosak itu.

kakaktangkap tikus

Korang berani tak pegang tikus macam tu? 

Baca: Tuan Rumah Khusyuk Main Henpon Tak Perasan 2 Tikus Siap ‘Berjoget’ Kat Ruang Tamu

F2 Dancing Rat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.