in

“Kak M cakap takkan maafkan saya” – Peguam Sahkan Rakaman Suara Zara Qairina Yang Tular Adalah Asli

Zara Qairina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu lagi rakaman perbualan suara milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, bersama ibunya, Noraidah Lamat, 45, kini tersebar luas di media sosial membuktikan kebimbangan remaja itu terhadap seorang pelajar senior dikenali sebagai ‘Kak M’ yang didakwa sering mengugut dan mengganggunya.

Rakaman berdurasi 44 saat yang dipercayai dirakam sendiri oleh ibunya itu jelas memperlihatkan kegusaran Zara yang takut menjadi sasaran pelajar terbabit, lapor Sinar Harian.


“Mak, Zara takut terjumpa Kak M, dia masih lagi… Haritu Zara minta tolong orang tanyakan dekat Kak M, masih lagikah dia ada masalah dengan Zara. Dia jawab, ‘iya, aku masih lagi tidak maafkan si Zara,’” katanya dalam rakaman berkenaan.

Ibunya kemudian bertanya tentang nama Zara yang pernah ditulis di ruang bilik Rekabentuk dan Teknologi (RBT), dan menurut Zara, walaupun namanya sudah dipadam, ia ditulis semula oleh seseorang.

“Mak, Zara sudah padam… tapi dibuatnya balik,” ujar Allahyarham dalam nada gelisah.

Apa yang lebih meruntun jiwa, Zara turut meluahkan ketakutannya sekiranya diapa-apakan oleh pelajar terbabit.

“Kalau dia buat juga, macamana? Haritu dia pernah cakap, ‘kalau aku sentuh kau ni, berdarah-darah kau nanti’. Kalau dia buat mak, apa jadi?” katanya.

Artikel berkaitan: Ibu Zara Qairina Percaya Kematian Anak Ada Unsur Jenayah – Peguam

Artikel berkaitan: Akhi Fairuz Mohon Maaf Isu Posting & ‘Plot Twist’ Yang Dikaitkan Dengan Kes Adik Zara Qairina

0f20f909b3cd2b9dbcaac1767cfbc01e 1
Zara Qairina

Walaupun tarikh sebenar rakaman itu belum dapat dipastikan, ia telah didedahkan oleh pasukan peguam yang mewakili keluarga Zara pada minggu lalu.

Peguam, Ismail Hamid ketika dihubungi media mengesahkan rakaman tersebut adalah antara bukti penting membabitkan perbualan antara Allahyarham dan ibunya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan bahawa kes ini tidak boleh dianggap remeh dan memerlukan siasatan terperinci serta telus.

Allahyarham Zara Qairina disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah.

Malah, pakaian serta barangan peribadi Zara dilaporkan masih belum diambil oleh pihak polis untuk siasatan sehingga kini, menurut kenyataan peguam keluarga.

Polis sebelum ini memaklumkan bahawa siasatan sudah lengkap dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Dalam masa sama, gelombang solidariti rakyat Malaysia di media sosial terus meningkat dengan penggunaan tanda pagar #JusticeForZara, mendesak agar siasatan dilaksanakan secara adil dan menyeluruh.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.