in

Kaitkan Masalah Bayi Meleleh Air Liur Punca Rambut Ibu Gugur, Ini Respon Doktor Pakar

Page Gugur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila seseorang itu baru saja menimang cahaya mata, memang tak dapat dinafikan pelbagai sumber bacaan dijadikan sebagai rujukan untuk memastikan anak mereka mendapat penjagaan rapi.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa mitos yang mengatakan bahawa sesetengah masalah bayi mempunyai kaitan kepada tahap kesihatan ibu yang baru lepas bersalin.


Min yakin, orang-orang otai ni kerap kaitkan masalah bayi yang meleleh air liur merupakan punca kepada keguguran rambut ibu kan? Sebab itu, seorang doktor pakar sakit puan memuat naik penjelasannya mengenai isu itu di akaun Facebooknya.

https://www.facebook.com/imelda.balchin/posts/10158768479986659

Perkongsian itu dibuat selepas doktor yang dikenali sebagai Imelda Bachin ini menerima direct message (DM) dari seseorang yang inginkan penjelasan lebih mendalam dari segi perubatan tentang isu tersebut.

“Mana ada baby tak keluaq ayaq lioq”

Dari penjelasan itu, Dr. Imelda menjelaskan bahawa masalah bayi meleleh air liur merupakan perkara yang normal apatah lagi kalau dalam fasa penumbuhan gigi dan gatal gusi dan ianya tidak mempunyai langsung kaitan dengan masalah keguguran rambut bagi ibu.

“Baby main ayaq lioq bukan penyebab rambut gugur. Janganlah memberi lebih stress kepada ibu-ibu kita dengan cerita yang bukan-bukan. Baby nak main ayaq lioq, biaq pi la kat dia” – Tulis Dr. Imelda

Ini kerana, masalah keguguran rambut yang sering dialami oleh ibu lepas bersalin berpunca dari ketiadaan hormon kehamilan yang berlaku seperti semasa sedang mengandung menyebabkan ramai perasan rambut semakin gugur.

“Stres pun boleh jadi punca jugak”

Bukan itu saja, dia turut menegaskan bahawa stres juga merupakan salah satu punca berlakunya keguguran rambut selain dari postpartum thyroiditis yang mana ibu-ibu mengalami kekurangan hormon thyroid.

71537864 M

Dia turut menasihatkan supaya tiada ada yang perlu dirisaukan sekiranya bayi mengalami masalah air liur meleleh dan ibu yang mengalami masalah keguguran rambut kerana ianya dapat pulih seperti sediakala.

Dengar tu mommies? Just enjoy je masa dengan anak-anak tu… Nanti diorang dah besar, rindu pula zaman pegang baby.

Baca: Kerajaan Luluskan Lanjutan Tempoh Cuti Bersalin Kepada 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari

Untitled 1 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.