in

Kadar Faedah Dijangka Naik Lagi Bulan Depan – Penganalisis

opr naik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

OPR ialah kadar faedah yang ditetapkan bank pusat, Bank Negara Malaysia (BNM) yang menentukan kadar faedah untuk institusi kewangan yang meminjamkan wang antara satu sama lain untuk tempoh satu malam.

Menurut penganalisis, BNM dijangka akan meneruskan kenaikan OPR secara beransur-ansur sebanyak 25 mata asas lagi pada Januari 2023 bagi mengekang inflasi.


Dalam laporan Berita Harian, disebabkan inflasi teras mencecah paras tertinggi baharu sebanyak 4.2 peratus pada November 2022.

BNM scaled 1

Kebanyakan penganalisis menjangkakan momentum optimis akan berterusan dan mendorong bank pusat menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi kepada 3.00 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada bulan depan.

Selain itu, MIDF Research berkata, trend inflasi yang tinggi di Malaysia ini disebabkan oleh permintaan pengguna yang kukuh, manakala petunjuk bagi inflasi kos sudah berkurangan sejak kebelakangan ini.

“Dengan momentum yang memberangsangkan ini, kami percaya BNM berkemungkinan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi kepada 3.00 peratus dalam mesyuarat MPC pertama tahun depan pada 23 Januari,” katanya.

Malah, pasaran pekerjaan meningkat dengan pertumbuhan guna tenaga melebihi tiga peratus bagi tujuh bulan sejak April 2022, manakala import barangan penggunaan dan jualan perdagangan pengedaran terus berkembang pada kadar dua angka dengan masing-masing sebanyak 21.6 mata dan 15.2 peratus pada Oktober 2022.

Baca: [TERKINI] OPR Naik Lagi Kali Ke-4! Kadar Faedah Kini Meningkat Ke 2.75%

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.