Penyanyi yang menjadi dambaan ramai wanita, Justin Bieber kongsikan khabar gembira bahawa dia bakal menjadi bapa tidak lama lagi.
Ia disahkan oleh wakil pengurusan yang memaklumkan bahawa isterinya, Hailey Bieber, 28 kini sedang hamil 6 bulan.
Artikel berkaitan : Konsert Justin Bieber ‘Justice World Tour’ Dibatalkan, Sebab Tidak Diketahui
Artikel berkaitan : “Tak tahu sambung bila” – Justin Bieber Hentikan ‘Justice World Tour’ Sebab Masalah Kesihatan
Malah mereka juga telah memuat naik video romantik memperbaharui ikrar perkahwinan mereka berdua selepas 6 tahun berkahwin.
Dapat dilihat dengan jelas Hailey memegang baby bump dan Justin ada merangkul tubuh isterinya itu dalam gambar yang menunjukkan separuh tubuh mereka.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, ibu kepada Justin, Pattie Mallete juga kongsikan kegembiraanya itu dan memberitahu bahawa mereka tidak sabar untuk menyambut kelahiran cucu pertama.
“Saya sudah lama menunggu untuk berkongsi perkara ini. Saya tidak sabar untuk menjadi nenek.”
Perkongsian itu juga disambut gembira oleh para peminat dan teman rapat mereka. Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 di New York, Amerika Syarikat selepas 2 bulan bertunang.
Sumber : Instagram, mStar Online