in

“Jumpa dalam guni” – Gara-gara Cemburu, Anak Kecil 6 Tahun Dib*nuh Kejam Oleh Ibu Tiri

Syaz Ft 2024 08 27T161655.505

Satu cerita menyayat hati tular di media sosial baru-baru ini, sebuah kes di mana seorang kanak-kanak berusia 6 tahun ditemui meninggal dunia dan didakwa dibunuh dengan begitu kejam oleh ibu tirinya.

Kes yang berlaku di Pontianak, Indonesia itu mendapat perhatian ramai kerana penemuan mayat kanak-kanak itu oleh bapanya sangat tragis di mana mangsa ditemui dalam sebuah karung guni berhampiran rumah mereka.

Artikel berkaitan: Kes Warga Asing Bunuh 3 Beranak, Seorang Lagi Anak Diambil JKM

Artikel berkaitan: “Satu perbuatan kejam” –  Wanita Simbah OKU Dengan Air Panas Dipenjara 10 Tahun

Kanak-kanak itu dipercayai dikurung seorang diri di bahagian belakang rumah ketika hujan lebat serta dibiarkan kelaparan.

Ketika kejadian itu, bapa mangsa sedang bekerja di luar bandar, sepanjang malam mangsa dikurung sehingga menyebabkan kanak-kanak itu pengsan.

Mayat Anak Sd Dalam Karung Ternyata Dihabisi Ibunya Bikin Skenario Anak Liburan Dan Hilang
Ibu kandung mangsa, tiwi

Menurut pihak polis, keesokan harinya mangsa berjalan dengan tidak stabil, lalu dia ditolak oleh ibu tirinya sehingga kepalanya terhentak di lantai.

Ibu tirinya itu kemudian cuba memberikan makanan serta minuman untuk kanak-kanak itu tetapi kesihatan anak itu semakin merosot sehinggalah ke nafas terakhirnya.

Dia tidak membawa kanak-kanak itu ke hospital sebaliknya meletakkan mayat anak tirinya itu di dalam karung guni.

Menurut ibu kandung, Tiwi mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Nizam itu difahamkan dibunuh kerana ibu tirinya itu kerana cemburu suaminya tidak menyayangi anak-anaknya yang lain seperti mana dia menyayangi mangsa.

Tiwi menjelaskan bahawa dia mengetahui motif pembunuhan itu apabila berjaya menemui suspek di balai polis.

“Saya mengetahui anak saya meninggal dunia daripada bekas suami saya pada malam Khamis.

Malam itu saya sungguh terkejut apabila mendapat perkhabaran berita yang sungguh menyedihkan ini,” katanya.

Suspek kini sudah ditahan oleh polis daerah Kalimantan Barat dan bakal didakwa serta dibicarakan di atas kesalahan membunuh.

Sumber: Tribunnews