Pengasas jenama pakaian Elrah, El Azman meluahkan rasa syukur apabila jualannya meningkat naik pada tahun ini meskipun terpalit dengan kontroversi plagiat baru-baru ini.
El atau nama sebenarnya Muhd Hilmi Che Azman mengakui dakwaan meniru rekaan samping telah menjejaskan nama baiknya tetapi menjelaskan ia tidak memberi sebarang kesan kepada jualan produknya.
Artikel berkaitan: “Nak cakap logo, tentera pun pakai keris” – Tyra Kamaruzzaman Respon Penafian El Azman
Artikel berkaitan: “Tiru 100% dari design sampai warna” – Pempengaruh Dakwa Jenama Terkenal Tiru Design Samping Suami
“Dalam dunia bisnes, bila kita besar, kita akan diuji. Tuduhan plagiat boleh merosakkan reputasi jika tidak ditangani dengan baik.
“Tapi satu benda yang orang tak boleh plagiat jiwa jenama. Rekaan boleh ditiru, warna boleh disalin, tapi nilai, kepercayaan pelanggan membezakan yang asli dan yang tiruan.
“Namun selepas perkara itu tular, ia tak menjejaskan jualan kami. Sebaliknya jualan kami meningkat naik. Alhamdulillah syukur meskipun di hujung Ramadan ini,” katanya.
El menjelaskan peningkatan jualan bukanlah disebabkan perkara tersebut semata-mata, tetapi ia adalah hasil usahanya menjadikan barisan artis tempatan selain jaguh Muay Thai iaitu Rodtang dan Tawanchay sebagai duta produk.
“Alhamdulillah, tahun ini juga target jualan RM250 juta berjaya dicapai. Angka ini bukan datang semalaman. Ia adalah hasil dari tahun-tahun usaha tanpa henti, eksperimen strategi, dan keberanian untuk berubah mengikut arus pasaran.”
Terdahulu, pempengaruh Tyra Kamaruzzaman mendakwa samping dengan corak keris milik susur galur suaminya yang juga pereka fesyen Emran Rijal telah diciplak Elrah Exclusive.
Sumber: mStar